Pengurusan Sampah Tidak Sempurna Jadikan Selangor Penyumbang Tertinggi Kes Denggi

Diterbitkan: Ahad, 20 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Pengurusan jadual kutipan sampah yang tidak sempurna antara faktor menyebabkan Selangor menjadi negeri penyumbang tertinggi dalam kes demam denggi.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sehingga Mei lalu sebanyak 9,500 kes dicatatkan dengan 20 kematian berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu sebanyak 7,850 dengan 12 kematian.

"Lima puluh peratus daripada kes demam denggi yang dilaporkan tahun ini ialah di Selangor dan salah satu faktornya kerana sampah tidak dikutip dalam masa yang ditetapkan atau dijadualkan.

"Kalau dikutip dalam tempoh dua atau tiga hari tidak mengapa tetapi jika sampah sarap dibiarkan seminggu, aedes akan membiak dengan cepat kerana sesudu air pun sudah cukup untuk menjadi tempat pembiakan aedes," katanya kepada pemberita selepas merasmikan karnival 'Sihat Cergas Ceria' di sini Sabtu.

Liow berkata adalah menjadi tanggungjawab pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk memastikan jadual kutipan sampah yang berkala kerana PBT juga perlu memainkan peranan penting menjaga kebersihan persekitaran.

Apatah lagi memandangkan negeri itu mempunyai kawasan perumahan luas terutamanya di kawasan bandar dan mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, katanya.

Sementara itu, Liow berkata kajian mengenai vaksin denggi sudah berada di peringkat akhir iaitu pada tahap ketiga dan dijangka boleh mula digunakan menjelang tahun 2014.

Dalam perkembangan lain beliau berkata Kementerian Kesihatan akan memperbanyakkan lagi kempen saringan kesihatan untuk mengalakkan serta meningkatkan kesedaran orang ramai bagi pencegahan awal penyakit tidak berjangkit (NCD).

Liow berkata hasil tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) tahun lepas kira-kira 1.4 juta rakyat dewasa tidak mengetahui mereka mempunyai tahap gula tinggi.

Sementara 3.5 juta lagi tidak tahu mereka mempunyai tekanan darah tinggi manakala 4.7 juta tidak mengetahui mereka mempunyai kolestrol tinggi.

NCD seperti obesiti, darah tinggi dan diabetes kini merupakan ancaman kesihatan baru di negara ini dengan jumlah pesakitnya meningkat setiap tahun. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan