Muzakarah Umno-PAS Tidak Patut Dihalang - Tun Mahathir

Diterbitkan: Ahad, 20 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Pemimpin tertinggi PAS yang berbeza pendapat dengan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung kesediaannya mengadakan muzakarah dengan Umno tidak seharusnya menghalang muzakarah diadakan, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata muzakarah memberi peluang kepada kedua-dua parti menyatakan pendapat dan mencari jalan menyatupadukan umat Islam yang berpecah akibat fahaman politik.

"Nik Aziz boleh bagi pendapat dia dan pemimpin lain dalam PAS tidak patut halang," kata Dr Mahathir kepada pemberita semasa diminta mengulas percanggahan pandangan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dengan Nik Aziz dalam isu itu.

Ketika ditemui selepas merasmikan bangunan baru Tenaga Nasional Berhad (TNB) Langkawi di sini hari ini, Dr Mahathir berkata pemimpin PAS harus datang dengan fikiran terbuka dan sanggup memberi pendapat.

"Setuju atau tidak adalah soal lain... bolehlah muzakarah apa salahnya," katanya. Nik Aziz dilaporkan menyatakan kesediaannya bermuzakarah dengan Umno namun beberapa pemimpin PAS termasuk Mustafa dan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menolak cadangan mengadakan muzakarah.

Kenyataan Nik Aziz itu mendapat maklum balas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Umno sedia menyahut seruan PAS untuk bermuzakarah asalkan tujuannya untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara.

Mengenai gesaan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria supaya dibincangkan kewajaran penggunaan perkataan Islam oleh PAS, Dr Mahathir berkata beliau telah merasakan umat Melayu akan berpecah semasa PAS mendaftar perkataan Islam dalam nama parti itu dulu.

"Saya rasa Melayu akan ada masalah dan berpecah belah pasal dia (PAS) nak menentang agama tidak boleh. Dia perlu ambil kira keadaan dalam negara....jadi Melayu akan berpecah. "Sebelum itu ulama-ulama PAS adalah orang Umno tetapi pasal Umno tidak pilih ulama jadi Yang Berhormat lalu mereka keluar. Jadi saya berpendapat penggunaan nama Islam pada parti tetap membawa berpecahan," katanya. Di KULIM, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata muzakarah antara kumpulan umat Islam di negara ini seperti Umno dan PAS sememangnya dinanti-nantikan oleh semua umat Islam dan orang Melayu di negara ini. Bagaimanapun, katanya muzakarah itu hendaklah dilakukan dengan niat yang ikhlas dan tulus.

"Tetapi kita tidak mahu isu ini kelak seperti yang pernah berlaku lebih kepada satu polemik politik dan jika ini berlaku hanya akan membuang masa sahaja," katanya kepada pemberita selepas Majlis Bicara Intelek Bersama Guru Pendidikan Islam dan Guru J-Qaf di Dewan Besar Kolej Mara Kulim di sini, Sabtu.

Hampir 500 guru agama dari sekolah menengah dan rendah daerah Kulim/Bandar Baharu hadir pada majlis yang diadakan sehari itu.

Jamil Khir berkata atas dasar agama, bangsa dan negara, beliau yakin majoriti rakyat negara ini tidak menolak muzakarah itu.

Katanya cadangan tersebut, jika terbit dari ketulusan hati, masa depan perpaduan dan perhubungan erat rakyat di negara ini akan lebih terjamin selaras dengan tranformasi kerajaan kini. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan