MCA Akan Serah Senarai Calon Tidak Lama Lagi

Diterbitkan: Ahad, 20 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MCA sedang memuktamadkan senarai calonnya yang akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 dan akan diserahkan kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) tidak lama lagi.

Setiausaha Agung parti Datuk Seri Kong Cho Ha berkata senarai itu sedang dikemas kini dan akan terus diteliti sehingga parti benar-benar berpuas hati.

Kong yang dihubungi Bernama pada Sabtu juga tidak menolak kemungkinan ada calon yang kalah pada pilihan raya umum lalu disenaraikan semula, namun keputusan akhir bergantung kepada Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan pucuk pimpinan BN.

"Jika mereka masih dianggap calon boleh menang dan jenis yang bekerja keras serta diterima rakyat, mengapa tidak," katanya.

Pada pilihan raya umum akan datang, kemungkinan besar MCA akan bertanding semula di semua 40 kerusi parlimen dengan sasaran kemenangan di 25 kerusi dan mengekalkan kerusi Alor Setar, Kampar, Lumut, Tanjung Malim, Raub, Bentong, Pandan, Alor Gajah, Labis, Ayer Hitam, Tebrau, Gelang Patah, Kulai dan Tanjung Piai.

Parti itu juga mensasarkan untuk merampas kembali Padang Serai, Gopeng, Selayang, Kelana Jaya, Klang, Wangsa Maju, Bandar Tun Razak, Kluang, Bakri, Bayan Baru dan Seremban.

Pada pilihan raya umum lepas, MCA hanya menang 15 kerusi parlimen berbanding 31 daripada 40 yang ditandingi pada 2004. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan