Hindaf Tanding Tiga Kerusi Parlimen, Empat DUN Di Selangor - Berita Semasa | mStar

Hindaf Tanding Tiga Kerusi Parlimen, Empat DUN Di Selangor

Diterbitkan: Ahad, 20 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Barisan Bertindak Hindu (Hindraf) pada Ahad mengumumkan akan bertanding di tiga kerusi Parlimen dan empat kerusi negeri di Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

Pemimpin Hindraf, P.Uthayakumar berkata calon-calonnya akan bertanding atas tiket bebas dan beliau sendiri akan bertanding untuk kerusi Parlimen Kota Raja dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Andalas.

Selain dua kawasan itu, Hindraf merancang untuk meletakkan calon di kerusi Parlimen Kuala Selangor dan Kelana Jaya dan kerusi DUN Ijok, Bukit Melawati dan Seri Setia, katanya kepada pemberita di sini.

Ditanya bilakah beliau akan mengumumkan nama calon-calon lain, Uthayakumar berkata: "Ini adalah ledakan pertama kami, nama calon lain akan diumumkan apabila tiba masanya."

Uthayakumar berkata Hindraf memilih bertanding di Kota Raja dan Seri Andalas kerana kedua-dua kawasan itu dapat tumpuan lebih masyarakat India.

Beliau berkata Hindraf tiada pilihan tetapi terpaksa bertanding sebagai calon bebas kerana sehingga sekarang tiada berita tentang pengagihan kerusi daripada Pakatan Rakyat untuk Hindraf.

"Kami tiada alternatif, kami mahu bekerjasama dengan Pakatan Rakyat tetapi tiada apa-apa setakat ini," katanya. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan