Cuepacs Minta Polis Serah Tiga Nama Penjawat Awam Terbabit Perhimpunan 28 April

Diterbitkan: Ahad, 20 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Ahad, meminta polis menyerahkan kepada mereka, tiga nama penjawat awam yang didapati terlibat dalam perhimpunan bertukar ganas di ibu kota pada 28 April lepas.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata Cuepacs ingin bertemu mereka dan menyelidik punca tiga individu berkenaan melibatkan diri dalam perhimpunan yang disokong pembangkang itu.

"...kita nak tahu apakah mereka terpedaya menyertainya dan juga sebab lain yang boleh membantu Cuepacs menangani perkara itu selepas ini," katanya yang ditemui pemberita selepas perasmian seminar kejururawatn sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia peringkat Kelantan, di sini.

Omar berkata Cuepacs juga bersedia memberi penjelasan kepada penjawat awam mengenai peraturan yang mesti mereka patuhi selaku anggota perkhidmatan awam termasuk pembabitan dalam perhimpunan yang tidak dibenarkan.

Beliau juga mengulangi bahawa Cuepacs tidak akan membela mana-mana penjawat awam yang ditangkap dan didapati bersalah melibatkan diri dalam perhimpunan haram.

"Mereka yang ditahan perlu menanggung sendiri risiko kerana menyertai perhimpunan haram adalah di luar bidang kita untuk membantu mereka yang terbabit.

"Dalam peraturan juga jelas menyebut penjawat awam tidak boleh menyertai perhimpunan seperti itu kerana ia boleh mengancam keselamatan negara," katanya. Beliau berkata jika didapati bersalah, penjawat awam yang berkenaan boleh dibuang kerja. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan