Salahuddin Sahkan Akan Bertanding Di Johor Pada PRU-13

Diterbitkan: Sabtu, 19 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Kerian, Kelantan sebaliknya beralih ke Johor untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Pada masa yang sama beliau turut tidak menolak kemungkinan akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan juga kerusi Parlimen di negeri kelahirannya itu.

"Kami (PAS) telah buat keputusan bahawa saya akan bertanding sebagai calon di Johor pada PRU-13 akan datang. Mungkin dua kerusi, DUN dan Parlimen.

"Buat masa ini, kita sedang tunggu kawasan mana, ia mungkin di Tanjung Piai, Batu Pahat, Muar atau Kulai," katanya kepada pemberita selepas majlis ceramah pakatan pembangkang di Dataran PAS di Kuala Ibai dekat sini malam Jumaat.

Salahuddin seterusnya yakin dengan kepulangannya ke Johor akan dapat membantu barisan kepimpinan PAS serta pembangkang di negeri itu dalam usaha mencipta satu sejarah pada pilihan raya umum akan datang.

Jelasnya beliau menyifatkan Johor merupakan sebuah negeri yang 'subur' bagi PAS dan diyakini mampu melakukan suatu perubahan selepas PRU-13.

"Saya bersedia menawarkan diri untuk memberi perkhidmatan di Johor berdasarkan pengalaman yang ada," katanya.

Beliau yang dilahirkan di Kampung Serkat, Tanjung Piai, memenangi kerusi Parlimen Kubang Kerian pada pilihan raya umum 2004 dan mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya umum 2008.

Sebelum ini, beliau turut disebut-sebut akan bertanding di kerusi Parlimen Pasir Mas di Kelantan, Titiwangsa (Wilayah Persekutuan) selain di Johor pada PRU-13.

Salahuddin mengekalkan jawatan Naib Presiden PAS pada pemilihan parti Jun lalu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan