PPP Perak Desak Majlis Peguam Dibubar, Tubuh Akademi Undang-Undang

Diterbitkan: Sabtu, 19 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Parti Progresif Penduduk (PPP) Perak menyarankan agar Majlis Peguam Malaysia dibubar dan tempatnya diganti satu akademi undang-undang yang bebas pengaruh politik bagi mewakili peguam di negara ini.

Naib Pengerusinya Datuk Naran Singh berkata ini kerana Majlis Peguam sekarang dilihat lebih cenderung kepada politik dan tidak menjaga integriti profesion itu.

"Dengan adanya akademi ini, Majlis Peguam Malaysia, Sabah Law Association dan Sarawak Law Association dapat dimansuhkan dan kita hanya mempunyai satu akademi undang-undang yang menjaga kebajikan serta mewakili suara peguam di negara ini," katanya di sini Sabtu.

Beliau berucap di hadapan lebih 500 anggota PPP yang berhimpun di hadapan Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam bagi membantah sikap berat sebelah Majlis Peguam berhubung isu perhimpunan di ibu negara pada 28 April lepas.

Beliau juga berkata Majlis Peguam kini dilihat dicemari pelbagai agenda politik parti pembangkang.

Naran turut mempertikaikan dua resolusi yang diluluskan pada mesyuarat agung luar biasa badan itu yang mahu Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara meminta maaf kepada rakyat.

Perbuatan itu katanya melampaui Kuasa Akta Undang-undang Profesional 1961.

Naran juga mempersoalkan motif di sebalik tayangan video anggota polis membelasah perusuh pada perhimpunan tersebut termasuk tiga anggota Majlis Peguam sebelum mesyuarat khas berkenaan berlangsung.

"Apakah motif Majlis Peguam menunjukkan tayangan video ini sebelum ahli disuruh mengundi resolusi, bukankah perbuatan ini melanggar prinsip undang-undang 'fair play'," katanya lagi.

PPP Perak juga tegasnya, menganggap perbuatan Majlis Peguam Malaysia itu hanya untuk memaparkan imej negatif terhadap pihak polis dan melemahkan semangat pasukan tersebut untuk terus berkhidmat menjaga keamanan negara. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan