Perkasa Mahu Anwar Kemuka Kabinet Bayangan Bulan Ini

Diterbitkan: Sabtu, 19 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan kabinet bayangan pakatan pembangkang dalam bulan ini juga memandangkan pilihan raya umum bakal diadakan dalam masa terdekat.

Ketua Penerangan Perkasa Ruslan Kasim berkata rakyat perlu tahu kabinet bayangan itu untuk membuat perbandingan dan penilaian mengenai siapa yang akan diberikan mandat dan kepercayaan untuk membentuk kerajaan.

"Jika Anwar enggan mengisytiharkan barisan kabinet bayangan atau cuba melenggah-lengahkan pengumuman tersebut, maka nyata ini adalah satu muslihat beliau, sebab seperti yang umum sudah maklum bahawa beliau selalunya akan berjanji kepada beberapa orang calon untuk menjawat sesuatu jawatan yang sama.

"Jadi beliau tak mahu membuat pengumuman tersebut takut terbongkar dan pecahlah tembelangnya," dakwanya dalam satu kenyataan di sini, Sabtu.

Beliau berkata rakyat juga mahu tahu apakah jawatan kabinet yang akan diberikan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan isterinya Shamsidar Tahrin serta Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan