Malaysia Lokasi Baik Untuk Berniaga - Bekas Senator AS

Diterbitkan: Sabtu, 19 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Bekas senator Missouri Amerika Syarikat (AS), Christopher Samuel "Kit" Bond, memandang tinggi Malaysia dan yakin negara itu adalah lokasi yang baik untuk pelabur AS menjalankan perniagaan.

Sambil menyifatkan Malaysia sebagai negara yang aman, Bond, yang berkhidmat selama dua penggal sebagai Gabenor Missouri dari 1973 hingga 1977 dan dari 1981 hingga 1985, menolak tanggapan bahawa protes "kebangkitan revolusi" (Arab Spring) boleh berlaku di Malaysia, sekali gus menakutkan pelabur.

"Oh! Dengar! Semua orang bimbang terhadap kebangkitan revolusi dantujuannya, namun Malaysia ialah negara yang aman!" katanya kepada wartawan Malaysia selepas bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di sini.

Najib yang melakukan lawatan kerja ke New York dari Rabu hingga Jumaat, mempengerusikan Mesyuarat Kedua Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC), serta bertemu pemimpin syarikat Fortune 500, di sini.

"Mereka (Malaysia) mengamalkan demokrasi, mereka mempunyai hak asasi manusia, mereka mempunyai perusahaan bebas di sana, oleh itu tidak timbul persoalan di mana Malaysia, dan ia adalah lokasi yang baik untuk menjalankan perniagaan," kata Bond. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan