Dewan Ulama PAS Mahu Muzakarah Tanpa Had Atau Syarat

Diterbitkan: Sabtu, 19 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dewan Ulama PAS Pusat menggesa kepimpinan parti itu agar tidak berdolak-dalik dengan meletakkan sebarang syarat bagi mejayakan syor Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk bermuzakarah dengan Umno.

Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, PAS dan Umno seharusnya mengenepikan isu politik kepartian sebaliknya meletakkan kepentingan ummah, Islam dan negara sebagai matlamat utama.

"Jangan...jangan...jangan letak apa-apa syarat. Muzakarah ini baik untuk kepentingan umat Islam. Nanti kalau letak syarat pasti hasrat nak bermuzakarah tak menjadi.

"Dewan Ulama menyokong penuh saranan Mursyidul Am agar kedua-dua parti ini bermuzakarah," katanya kepada mStar Online di sini, Jumaat ketika dihubungi berhubung isu terbaru muzakarah ini.

Kenyataan Harun dilihat bercanggah dengan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang menegaskan bahawa parti itu tidak mahu bermuzakarah dengan Umno bagi membincangkan mengenai isu kepentingan ummah, Islam dan negara.

Mustafa sebaliknya menegaskan bahawa tujuan muzakarah itu hanyalah untuk menjelaskan kepada Umno mengenai tuduhan yang dilemparkan kepada PAS tanpa membabitkan isu lain.

Mengulas lanjut Harun berkata Dewan ulama berharap PAS dan Umno berkompromi bagi memastikan muzakarah membabitkan kedua-dua parti itu berjalan lancar.

"Dua-dua parti perlu tolak ansur. Jadikan muzakarah ini sebagai tempat untuk berbincang apa sahaja demi kebaikan umat Islam," katanya lagi.

Media pada Jumaat melaporkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan kesediaan Umno untuk mengadakan muzakarah dengan PAS asalkan hasrat itu untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara.

Menurut Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno, parti itu bersedia menerima pelawaan PAS atas kesedaran pentingnya umat Islam perlu disatukan, yang kini dilihat sudah berpecah kerana perbezaan ideologi.

Kesedian Umno itu sebagai reaksi kepada kenyataan Nik Abdul Aziz bahawa parti itu sentiasa bersikap terbuka untuk bermuzakarah dengan sesiapa sahaja termasuk Umno dan juga bersetuju untuk muzakarah itu diadakan dalam masa terdekat.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan