Tiada Desakan Daripada NFCorp Kepada Pemberi Maklumat

Diterbitkan: Jumaat, 18 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp) pada Khamis menafikan memberi tekanan kepada pemberi maklumat yang mendedahkan butiran perbankan syarikat itu.

Sebaliknya, NFCorp menyifatkan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli sebagai dalang utama dalam pendedahan tersebut yang didakwa dilakukan demi kepentingan politiknya.

Peguam kanan NFCorp, Muhammad Shafee Abdullah berkata, NFCorp tidak terlibat dalam siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa berhubung perkara itu.

"Ia hanya melibatkan Public Bank Berhad, pekerja atau majikan dan Bank Negara Malaysia (BNM).

"Laporan polis yang dibuat NFCorp tidak menamakan sesiapa sama ada secara spesifik dalam surat kepada BNM atau Public Bank Berhad," katanya menerusi satu kenyataan, Khamis.

NFCorp mengulas dakwaan Mohd Rafizi bahawa syarikat itu dan Pengerusinya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail secara bertubi-tubi membuat aduan dan memberi tekanan kepada Public Bank dan BNM untuk mengambil tindakan terhadap pemberi maklumat berkenaan.

Pada Isnin lalu, Mohd Rafizi mendakwa bekas pekerja sebuah bank, Johari Mohamad menerima tekanan daripada bekas majikannya selepas didesak oleh Mohamad Salleh.

Menurut Rafizi, Johari mendakwa beliau terpaksa meletak jawatan kerana tidak tahan dengan proses siasatan dalaman syarikatnya termasuk BNM mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989.

NFCorp pada Khamis berkata, Johari mengesahkan bahawa dia tidak pernah bertemu Mohamad Salleh dan suami kepada bekas Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat itu turut menyatakan perkara sama.

"Ini menunjukkan dakwaan Rafizi bahawa Pengerusi NFCorp sentiasa mendesak Public Bank Berhad dan BNM untuk memberi tekanan kepada Johari adalah tidak benar," katanya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan