Sabah Sedia Hadapi Pilihan Raya Pada Bila-Bila Masa - Musa

Diterbitkan: Jumaat, 18 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata BN Sabah sudah bersedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 pada bila-bila masa.

Ketua Menteri Sabah berkata kesiapsiagaan BN itu berasaskan kepada pendekatan parti berkenaan yang sejak dari awal bekerja, dan berkhidmat untuk rakyat sepanjang masa dan di mana sahaja, tanpa perlu menunggu saat pilihan raya menjelang.

"Kami bersedia. Pemimpin masyarakat dan rakyat juga sudah bersedia sebab sejak dari dahulu lagi kami sudah bekerja. Saya telah katakan dari awal kepada anggota-anggota Dewan Undangan Negeri atau anggota Parlimen bahawa apabila kita dipilih menjadi wakil rakyat, diberi mandat oleh rakyat, kita mesti bersyukur dan berterima kasih.

"Tetapi jangan anggap apabila kita dapat gelaran YB ia adalah satu keistimewaan atau pangkat yang tinggi. Kita dengan rendah hati menerima gelaran YB itu sebagai bukan 'Yang Berhormat' sahaja tetapi "Yang Berkhidmat" kepada rakyat," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan pemipin-pemimpin masyarakat zon Tawau di sini, Jumaat.

Musa yakin parti pembangkang tidak akan mampu menembusi kubu kuat BN selagi wakil-wakil rakyat terus bekerja kuat dan berkhidmat dengan penuh dedikasi.

Sementara itu, Musa juga mengajak rakyat Sabah supaya terus mengekalkan perpaduan dan kestabilan politik negeri kerana ia amat penting dalam menyediakan ruang pelaburan yang kondusif kepada syarikat dari dalam dan luar negara.

Menurut Musa, berdasarkan pertemuannya dengan pelabur atau wakil-wakil kerajaan asing sebelum ini, beliau dapat menyimpulkan bahawa banyak syarikat asing memilih Sabah untuk melabur berbilion ringgit kerana kedudukan politik Sabah yang stabil, persekitarannya yang indah serta rakyatnya yang baik hati.

"Ini adalah kelebihan Sabah. Jika pelabur datang ke Sabah maka iaakan menyediakan peluang pekerjaan dan memberi pendapatan kepada rakyat. Inilah mesej yang perlu kita sampaikan kepada rakyat supaya rakyat memahami keadaan sebenarnya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Rabu, 19 Julai 2017 1:01 PM

Brader... Itu Pun Nak Curi Ke?

Rabu, 19 Julai 2017 12:27 PM

Aaron Aziz 'Buru' Mak Datin Kaya?

Rabu, 19 Julai 2017 7:00 AM

Shah Rukh Khan Kongsi Tips Mengurat Gadis!

Kolumnis

iklan

Iklan