PTPTN Model Terbaik Bantu Rakyat Lanjut Pelajaran - Mukhriz

Diterbitkan: Jumaat, 18 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merupakan model terbaik membantu pelajar melanjutkan pengajian peringkat tinggi pada masa ini, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata Malaysia sebagai sebuah negara membangun tidak boleh disamakan dengan negara-negara maju yang menyediakan pendidikan percuma, namun rakyat mereka terpaksa membayar cukai pendapatan yang tinggi, sehingga 60 peratus.

"Keupayaan kita ialah menyediakan pinjaman melalui PTPTN untuk membiayai pelajar miskin. Pihak yang menentang boleh kemukakan cadangan...tetapi bukan dengan cara menggunakan wang Petronas.

"Pinjaman yang diberi sekarang adalah hasil pendapatan daripada cukai yang dikutip kerajaan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan wang pendahuluan PTPTN kepada pelajar yang akan melanjutkan pengajian peringkat diploma di Kolej Matrikulasi Kedah di Changlun, Jumaat.

Mukhriz yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah berkata penerima pinjaman PTPTN sewajarnya belajar bersungguh-sungguh supaya lulus kelas pertama agar pinjaman itu boleh ditukar menjadi biasiswa.

"Kerajaan perlu adil kepada semua pelajar. Jika tidak dibuat begini mungkin lebih ramai tidak berterima kasih kepada kerajaan dengan menyertai aktiviti haram dan menyimpang daripada tujuan asal mereka belajar di universiti.

"Pihak yang mempertikai wang kerajaan sebagai haram seharusnya fikir dengan mendalam tohmahan mereka kerana ia boleh memberi kesan kepada anak bangsa yang hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi namum tidak berkemampuan," katanya.

Beliau berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak zalim, malah mereka yang menentang, tidak dihalang untuk mengambil wang PTPTN atau bantuan lain yang disalurkan, kerana ia hak mereka. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan