Pekerja Sosial Bakal Bantu Sekolah Tangani Murid Lemah, Bermasalah - PM

Diterbitkan: Jumaat, 18 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Pekerja sosial akan berkunjung ke rumah pelajar yang lemah untuk membantu mereka lebih maju dalam bidang-bidang seperti matematik dan kemahiran membaca di bawah inisiatif yang akan diperkenalkan di sekolah-sekolah di Malaysia tidak lama lagi.

Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan program untuk membantu kanak-kanak memulakan pengajian peringkat awal di kedudukan yang sesuai dan bersedia untuk reformasi pendidikan kebangsaan berdasarkan cara yang dipelopori di Amerika Syarikat (AS) melalui sistem yang bermula dari persekolahan sehingga tamat pengajian universiti atau kolej .

Perdana Menteri berkata program itu akan membantu memastikan setiap kanak-kanak yang memasuki sekolah telah bersedia sepenuhnya, menghapuskan jurang dalam kejayaan akademik dan mewujudkan rangkaian sokongan komuniti dan keluarga yang disediakan kepada pelajar.

"Ini adalah satu langkah penting dalam transformasi ekonomi Malaysia dengan modal insan yang lebih besar dalam bidang sains, teknologi dan inovasi.

"Inisiatif ini juga akan menangani kekurangan minat pelajar dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik kerana kurang kecekapan mengajar subjek tersebut, sokongan dan pengawasan profesional yang tidak mencukupi, kurang keutamaan yang diberikan kepada subjek oleh pihak sekolah dan kekurangan maklumat mengenai prospek kerjaya dalam bidang sains berkaitan," katanya.

Dikenali sebagai 'Strive Strategy', ia telah meningkatkan kejayaan pelajar di 27 negeri AS, kata Najib selepas mempengerusikan mesyuarat kedua Majlis Penasihat Sains Global dan Inovasi di Pusat Dagangan Dunia di sini, Rabu, ketika permulaan lawatan empat harinya ke AS.

Strategi ini telah dimulakan di Ohio oleh Dr Nancy Zimpher, yang kini Canselor Universiti State New York, yang merupakan seorang ahli GSIAC itu.

Malaysia adalah negara pertama yang bakal menjejaki metodologi institut Zimpher di seluruh negara, kata Najib, sambil menambah komputer bimbit dan tablet akan diperkenalkan dalam bilik darjah untuk mendedahkan pelajar kepada teknologi pada usia yang lebih awal.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan