Muzakarah: PAS Tidak Mahu Sentuh Isu Islam, Negara

Diterbitkan: Jumaat, 18 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: PAS tidak pernah menyatakan persetujuan untuk bermuzakarah dengan Umno bagi membincangkan isu berkaitan kepentingan ummah dan masyarakat Islam di negara ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sebaliknya menegaskan bahawa parti itu hanya bersetuju untuk mengadakan muzakarah dengan Umno bagi menjelaskan mengenai tuduhan liar yang dilemparkan terhadap mereka.

"Isu muzakarah ini sudah lari daripada matlamat asal PAS...yang nak kita bincangkan ialah mengenai tuduhan bahawa PAS sudah menyeleweng daripada perjuangan asal.

"Kita nak jelaskan kepada Umno dan rakyat mengenai pendirian PAS...itu sahaja. Kita tak pernah sebut nak muzakarah mengenai hal perpaduan ummah ataupun Islam," katanya kepada mStar Online di sini, Jumaat.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan kesediaan Umno untuk mengadakan muzakarah dengan PAS asalkan hasrat itu untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara.

Menurut Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno, parti itu bersedia menerima pelawaan PAS atas kesedaran pentingnya umat Islam disatukan, yang kini dilihat sudah berpecah kerana perbezaan ideologi.

Kesediaan Umno untuk muzakarah itu sebagai reaksi kepada kenyataan awal Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa parti itu sentiasa bersikap terbuka untuk bermuzakarah dengan sesiapa sahaja termasuk Umno dan juga bersetuju untuk muzakarah itu diadakan dalam masa terdekat.

Mengulas lanjut, Mustafa bagaimanapun mendakwa Muhyiddin cuba mengalihkan isu yang disuarakan PAS dengan mengaitkan kononnya muzakarah yang dirancang itu bertujuan untuk perpaduan ummah dan Islam.

"Soal perpaduan ummah dan Islam ini sudah lama. Ini gendang lama yang dimainkan ketika pilihan raya makin dekat. Saya tak pasti sama beliau tidak faham atau sengaja buat-buat tak faham dengan maksud sebenar PAS untuk bermuzakarah.

"Antara isu yang kita nak jelaskan ialah mengenai kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang mengatakan perjuangan PAS kini sudah menyeleweng daripada matlamat asal serta menyalahgunakan nama Islam demi kuasa dan kerusi politik. Ini yang kami nak perbetulkan dalam muzakarah itu," katanya lagi.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan