Kaji Dulu Sistem Pengurusan Pekerja Asing Sebelum Mansuh Hukuman Sebat - Papa

Diterbitkan: Jumaat, 18 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerajaan perlu mengkaji sistem pengurusan pekerja asing yang lebih baik sebelum memansuhkan hukuman sebat ke atas mereka yang tidak memiliki permit kerja sah di negara ini.

Pemangku Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing (Papa), Jeffrey Foo berkata, sekiranya hukuman tersebut dimansuhkan, adalah dikhuatiri pekerja asing tanpa izin akan menimbulkan pelbagai masalah sekali gus mendorong kepada peningkatan kadar jenayah.

"Walaupun hukuman sebat telah dilaksanakan, masih ada rakyat asing yang berani memasuki Malaysia secara haram. Cuba bayangkan kalau hukuman tersebut dimansuhkan, mereka mungkin bertindak lebih teruk.

"Memang di mata antarabangsa, ia dilihat sebagai satu langkah yang bersifat berperikemanusiaan, tetapi isu kemasukan pekerja asing tanpa izin tidak akan menemui jalan penyelesaian yang sempurna hanya dengan memansuhkan hukuman tersebut," katanya kepada mStar Online, Jumaat.

Menurut Jeffrey, Malaysia seharusnya mencontohi Australia yang menetapkan standard yang tinggi dan teliti dalam pengambilan pekerja asing ke negara itu.

"Malaysia masih jauh ketinggalan berbanding Australia dalam menguruskan pekerja asing. Tidak dinafikan negara lain seperti Jepun, Korea dan Singapura turut menghadapi masalah yang sama. Tiada cara komprehensif dalam menyelesaikan perkara ini," katanya lagi.

Sambil mengakui pelaksanaan sistem biometrik merupakan salah satu kaedah terbaik pernah dilaksanakan kerajaan setakat ini, Jeffrey berkata, masalah pekerja dan pendatang asing tanpa izin (Pati) masih lagi wujud.

"Masalah ini terlalu luas. Oleh itu, saya rasakan lebih elok jika kerajaan memikirkan satu kaedah yang lebih efisien untuk menyelesaikan masalah ini," katanya.

Jeffrey berkata, terdapat segelintir majikan yang tidak serik-serik mendapatkan khidmat Pati walaupun denda yang dikenakan terlalu tinggi.

Katanya, majikan yang melakukan kesalahan itu boleh didakwa di bawah Akta Imigresen 1959/1963 Seksyen 55 (e) yang mengenakan denda RM10,000, hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau dikenakan enam kali sebatan.

"Isu hukuman sebat terlalu sensitif dan mungkin memberi persepsi kurang baik kepada Malaysia tetapi kaedah baru untuk menggantikannya perlu diteliti secara mendalam agar masalah kemasukan rakyat asing secara haram dapat dikawal," katanya.

Semalam (Khamis), Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kerajaan bercadang untuk memansuhkan hukuman sebat bagi melenyapkan persepsi negatif orang ramai terhadap bentuk hukuman yang disifatkan tidak berperikemanusiaan ke atas Pati.

Bentuk hukuman itu, diakui Nazri mencetuskan rasa kurang senang dan sekali gus menjejaskan imej negara di mata luar.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan