Demo Di Rumah Ambiga: MP PR Hantar Memo Terbuka Kepada DBKL

Diterbitkan: Jumaat, 18 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) pada Jumaat menghantar memorandum terbuka kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail bagi memintanya menyatakan sama ada mengadakan senaman punggung dan membuka gerai burger di hadapan rumah Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 3.0 adalah satu perbuatan yang melanggar peraturan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atau tidak.

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata dua tindakan tersebut secara jelas telah melanggar undang-undang dan menegaskan pihak DBKL perlu segera mengambil tindakan ke atas pihak yang bertanggungjawab membuat kekacauan kerana ia menggangu ketenteraman awam Ambiga dan keluarganya.

"Kami mahukan jawapan daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur, sekiranya perbuatan tersebut adalah salah, apakah tindakan selanjutnya yang akan diambil. Sekiranya tiada tindakan juga dibuat Kuala Lumpur akan jadi bandar raya yang tiada undang-undang," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum terbuka itu kepada pegawai khas Datuk Bandar KL, Md Aznan Md Zain di Menara DBKL Jalan Raja Laut pada Jumaat.

Sementara itu, Pegawai Khas Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil yang mewakili Nurul Izzah Anwar turut melahirkan rasa kesal atas perbuatan yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

"Kita amat kesal atas apa yang berlaku. Kita harap semua rakyat Malaysia akan mematuhi undang-undang negara dan jangan ambil tindakan di luar undang-undang terutamanya dalam situasi sekarang," katanya.

Menurut Timbalan Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Suhaimi Abdul Aziz, tindakan tersebut dilakukan kerana mereka ingin membalas dendam terhadap Ambiga yang menganjurkan Bersih 3.0.

"Kita bimbang akan datang akan ada lebih banyak aktiviti dan tindakan tidak bertanggungjawab seperti ini dilakukan. Kita juga membantah senaman punggung yang dilakukan kerana sebagai umat Islam ia adalah satu tindakan yang tidak berakhlak.

"Kita harap pihak polis dan DBKL akan ambil tindakan sewajarnya dalam hal ini," katanya.

Turut hadir Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai.

Selasa lalu, Persatuan Veteran Tentera Melayu Selangor dan Wilayah Persekutuan (PVTM) mengadakan demonstrasi di luar rumah Ambiga di Bukit Damansara.

Kira-kira 10 ahli PVTM membuat senaman 'menonggeng' pada pukul 8.30 pagi sambil menggelarkan Ambiga dengan 'musuh negara' yang telah merosakkan imej Malaysia.

Ambiga kemudiannya keluar dari rumahnya untuk menerima poster yang diberikan oleh kumpulan berkenaan.

Ini merupakan demonstrasi kedua yang dibuat di rumah Ambiga.

Pada 10 Mei lalu, sekumpulan peniaga mengadakan 'protes burger' di luar rumahnya kerana kecewa pendapatan mereka didakwa mengalami kerugian kira-kira RM200,000 kerana Perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan, 28 April lalu .

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan