Umno Lebih Terbuka - Shafie Apdal

Diterbitkan: Khamis, 17 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kepimpinan Umno lebih terbuka berbanding parti pembangkang yang langsung tidak memberi ruang untuk mendengar apa jua pandangan yang mereka anggap tidak sehaluan dengan mereka, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata rakyat boleh melihat sendiri bagaimana presiden Umno, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi ruang yang luas kepada sesiapa sahaja untuk menyuarakan pandangan dengan cara yang teratur.

Beliau berkata ketika Najib mencetuskan idea-idea untuk membangunkan negara dan membantu segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum menerusi idea-idea transformasi, pembangkang pula dengan agenda demonstrasi yang merosakkan.

"Beliau (Najib) boleh bangun pukul 2 pagi tengok perlawanan bola sepak dengan belia, beliau boleh pantau twitter, facebook, berinterasi dengan semua," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada warga Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Sebaliknya di pihak pembangkang, Shafie memberi contoh tindakan DAP yang enggan menyambung keanggotaan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sebagai anggota Dewan Negara DAP ekoran kritikannya terhadap perhimpunan Bersih 3.0 bulan lepas, yang membawa kepada peletakan jawatan Tunku Abdul Aziz sebagai Naib Presiden DAP, dan tindakan PAS yang memecat Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali sebagai anggota parti awal tahun ini.

Mohd Shafie berkata saluran untuk menyuarakan pandangan pula perlu sesuai dan ia tidak seharusnya disuarakan dengan cara berdemonstrasi sehingga merosakkan harta benda dan menggugat keselamatan, atau dilakukan dengan cara yang tidak beradab.

"Kita ada struktur sesuai yang membolehkan mereka menyuarakan pandangan, contohnya pandangan boleh disuarakan di Parlimen, atau persidangan Dewan Undangan Negeri, malahan menerusi media-media sosial, boleh lontar pandangan, bukan dengan cara mengganggu atau berdemonstrasi sehingga merosakkan," katanya.

Sementara itu merujuk kepada sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) khusus dalam usaha meningkatkan infrasruktur luar bandar, Mohd Shafie yang merupakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata sehingga kini 27,000 isi rumah di luar bandar mendapat manfaat bekalan eletrik dan 79,000 isi rumah menerima menikmati bekalan air bersih.

Seramai 231 warga Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menerima sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 daripada Mohd Shafie pagi ini. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan