Tindakan Tunku Abdul Aziz Keluar Parti Bukti DAP Amal Kuku Besi - Rais

Diterbitkan: Khamis, 17 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata tindakan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim melepaskan jawatan Naib Pengerusi DAP menunjukkan parti itu mengamalkan pemerintahan 'kuku besi' apabila tidak membenarkan anggotanya mempunyai pandangan sendiri.

Sebaliknya, beliau berkata amalan demokrasi yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah yang terbaik di mana beliau menerima kritikan rakyat dan berusaha memperbaiki pemerintahannya di samping tidak memecat anggota Barisan Nasional (BN) sewenang-wenangnya.

Pasti ada perkara yang tidak disenangi Tunku Abdul Aziz yang dilihat sebagai seorang yang sangat berprinsip sehingga bertindak meletak jawatan, kata Rais kepada pemberita selepas menghadiri Jamuan Malam Penghargaan Sempena Pertabalan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 di sini malam Rabu.

Tunku Abdul Aziz meletak jawatan Naib Pengerusi DAP dan bertindak keluar daripada parti itu dua hari lepas selepas dikecam kepimpinan parti itu kerana mengkritik penganjuran perhimpunan di ibu negara yang bertukar ganas pada 28 April lalu. Dalam pada itu, Rais berkata segala hal berhubung cadangan penubuhan Akademi Undang-Undang sebagai alternatif kepada Majlis Peguam perlu dikaji terlebih dahulu.

Beliau bagaimanapun kurang bersetuju dengan cadangan penubuhan badan itu dengan menyifatkannya sebagai "tidak kena pada masanya".

Rais bersetuju dengan pandangan pelbagai pihak agar Majlis Peguam tidak dilihat menyokong mana-mana pihak.

Pada majlis itu, beliau meraikan 250 warga KPKK dan agensi kerajaan yang terlibat dalam istiadat pertabalan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam sebagai Yang di-Pertuan Agong bulan lepas.

Selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas Pertabalan, Rais berkata beliau menerima pujian daripada seluruh barisan kabinet kerana telah menganjur istiadat itu dengan jayanya.

"Kejayaan acara pertabalan itu adalah hasil kerjasama dan kerja keras semua warga KPKK melibatkan pelbagai agensi demi memastikan acara gilang-gemilang itu berjalan dengan lancar dan sempurna," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan