Tiada Toleransi Terhadap Mereka Yang Melanggar Undang-Undang Dan Menimbulkan Kekecohan - Hishammuddin

Diterbitkan: Khamis, 17 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sesiapa yang melanggar undang-undang dan menyebabkan huru-hara semasa perhimpunan Bersih 3.0 akan didakwa, termasuklah anggota polis.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, siasatan polis dibahagikan kepada tiga kategori - penunjuk perasaan, penganjur dan orang yang memulakan serta dan anggota pasukan yang bertugas.

"Ia tidak kira siapa mereka. Jika mereka telah melanggar undang-undang, mereka akan didakwa," katanya, sambil menambah setelah siasatan selesai, ia kemudiannya akan dibawa ke Peguam Negara untuk memutuskan sama ada terdapat kes untuk pendakwaan.

Hishammuddin maklum terdapat dakwaan kekejaman polis, yang sebahagiannya berada dalam visual dan telah disiarkan di Internet.

"Ini akan digunakan dalam penyiasatan itu," katanya.

Hishammuddin berkata siasatan polis terhadap perhimpunan 28 April dibuat dengan memburu 141 pesalah yang didakwa dan gambar mereka telah disiarkan.

Hanya 26 daripada mereka telah menyerah diri atau ditahan selepas diberi tempoh menyerah diri yang berakhir, Selasa.

Dalam temuramah bersama The Star, Rabu, Hishammuddin berkata:

"Saya mahu menegaskan bahawa tiada seorang (yang melakukan kesalahan) akan terkecuali. Kita tidak akan bertolak ansur dengan sesiapa (melanggar undang-undang dan melakukan kekecohan). Adalah penting berpegang kepada undang-undang untuk menegakkan kebenaran dan menjaga kepentingan mereka yang perlu diberi perlindungan," katanya.

Ditanya tentang progres siasatan, Hishammuddin berkata:

"Biar polis menjalankan tugas mereka. Mereka ada visual dan akan menyiasat dari situ. Orang awam juga boleh membantu dengan tampil memberi bukti (sebarang salah laku).

"Saya memantau perkara ini. Kita bukan hanya mahu bertindak terhadap pesalah, tapi juga mahu tahu kebenaran," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan