SPR Pamer Senarai Pemilih Mendaftar Secara Berkelompok Guna Satu Alamat

Diterbitkan: Khamis, 17 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mempamerkan senarai pemilih yang mendaftar secara berkelompok menggunakan satu alamat di laman sesawang www.spr.gov.my selama 30 hari bermula Selasa.

Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said, berkata senarai itu bagi membolehkan pemilih berkenaan memberi maklum balas mengenai alamat mereka dan membantu SPR mengemas kini alamat sebenar mereka bermastautin.

"Kepada pemilih berkenaan, yang semasa pendaftaran dahulu tidak memaklumkan secara tepat alamat mereka kepada SPR, dinasihatkan menghubungi pejabat SPR berdekatan atau terus ke ibu pejabat SPR bagi membuat kemaskini alamat, katanya dalam kenyataan, Rabu.

Beliau berkata maklum balas juga boleh dibuat dengan mengisi maklumat di ruang kemas kini alamat di laman sesawang SPR.

Bagi pemilih yang berpindah dari alamat asal pendaftaran, Sabri berkata mereka boleh memohon memindahkan alamat mengundi mereka dengan mengisi Borang A (Pendaftaran Pemilih) yang boleh didapati di pejabat SPR dan semua Pejabat Pos. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan