Penggunaan Kad Mendarat Bagi Pelawat Asing Dimansuh Mulai 1 Jun

Diterbitkan: Khamis, 17 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Setiap pelawat asing hanya perlu membawa pasport dan tidak lagi perlu mengisi borang untuk memasuki negara ini apabila penggunaan Kad Mendarat Imigresen (IMM.26) dimansuhkan mulai 1 Jun ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam berkata, penggunaan kad itu didapati tidak lagi sesuai pada masa ini kerana Jabatan Imigresen Malaysia telah memperkenalkan sistem merekod biometrik setiap pelawat asing melalui Sistem Penguatkuasaan dan Pendaftaran Nasional (NERS).

"Sistem NERS yang diperkenalkan pada 1 Jun 2011 berupaya merekod dan menyimpan data pelawat asing, dengan demikian ia telah memenuhi keperluan Kementerian Pelancongan untuk merekod data pelancong asing," katanya dalam kenyataan di sini Khamis.

Mahmood berkata, keputusan yang dicapai melalui perbincangan antara Jabatan Imigresen, KDN dan Kementerian Pelancongan itu tidak akan menjejaskan keselamatan negara malahan ia berupaya membantu dan memudahcara proses ketibaan pelawat di Malaysia dan menyingkatkan waktu berurusan di pintu masuk negara.

Sehubungan itu orang ramai dipohon supaya merujuk terus ke Jabatan Imigresen melalui talian 1-800-22-6969 dan emel ke alamat pro@imi.gov.my jika terdapat sebarang kekeliruan dan pertanyaan, katanya.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan KDN memaklumkan bahawa pelancaran Skuad Muda KDN yang dijadual Sabtu ini di Tapak Pameran Ekspo Pertanian Malaysia (MAeps) Serdang ditangguh ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Skuad itu diadakan bagi memberi lebih banyak peluang kepada golongan berumur antara 18 hingga 25 tahun menyertai aktiviti kesukarelaan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan