PAS Setuju Letak Calon Bukan Islam Di Johor Dan Sarawak

Diterbitkan: Khamis, 17 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PAS bersetuju meletakkan calon dari kalangan bukan Islam mewakili parti itu bertanding di Sarawak dan Johor pada pilihan raya umum ke-13.

Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Hu Pang Chaw berkata dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Tiram, Johor, dan satu kerusi Parlimen di Sarawak.

"Perkara ini sudah dipersetujui PAS pusat. DHPP memang meminta PAS pusat meletakkan calon dari sayap DHPP di satu kerusi setiap negeri, tidak kira sama ada kerusi Parlimen ataupun DUN.

"Tetapi perkara ini masih dalam peringkat perbincangan. Keputusan akhir bergantung kepada PAS pusat," katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

DHPP adalah sayap kepada PAS, yang mewakili penyokong mereka di kalangan bukan Melayu dan bukan Islam.

Hu berkata dalam usaha meletakkan calon dari sayap DHPP, mereka memerlukan strategi bagi memastikan kemenangan kerana tidak ada faedahnya meletakkan calon dari kalangan anggota DHPP kalau tidak menang.

Sebagai contoh, meletakkan calon PAS dari kalangan DHPP di kawasan yang majoriti pengundi orang Melayu akan meletakkan parti itu dalam keadaan sukar untuk mencapai kemenangan, katanya.

Hu berkata senarai calon dari sayap DHPP akan dihantar kepada PAS pusat melalui PAS negeri, dan setakat ini, calon untuk Kedah, Perak, Selangor, Johor dan Sarawak telah dikenal pasti.

Pada pilihan raya umum 2008, PAS meletakkan seorang calon dari kaum India untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Tiram di Johor, dalam kawasan Parlimen Johor Baharu.

Bagaimanapun, calon berkenaan, R Kumutha, tewas kepada Maulizan Bujang dari Barisan Nasional (BN). - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan