MIC Akan Serah Senarai Calon Kepada PM - Palanivel

Diterbitkan: Khamis, 17 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MIC menyenaraikan muka baru dan lama sebagai calonnya untuk pilihan raya umum ke-13 dan senarai itu akan diserah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekembali beliau ke tanah air.

Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel berkata senarai itu akan disenaraipendekkan oleh Najib selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN).

"Siapa calon terbaik akan diputuskan kelak. Ada muka baru dan muka lama. Kita telah pun buat perbincangan dengan akar umbi dan turun padang untuk melengkapkan senarai ini.

"Kini kami akan bincang dengan Pengerusi BN pula," kata Palanivel yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri kepada pemberita selepas melancarkan Hari Kembara Ilmu Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di sini, Khamis.

Najib kini dalam lawatan kerja ke New York, Amerika Syarikat.

Difahamkan, MIC menyenaraikan 50 calon sebelum pemilihan 28 calon diputuskan kelak.

Pada pilihan raya umum 2008, MIC bertanding di sembilan kerusi Parlimen dan 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Parti itu memenangi tiga kerusi Parlimen dan tujuh kerusi negeri.

Ditanya kemungkinan berlaku pertukaran kerusi Parlimen dan DUN bagi MIC pada pilihan raya umum akan datang, Palanivel berkata parti itu bersedia untuk berbincang mengenainya.

Terdahulu, Palanivel melancarkan U-Pustaka peringkat Intan yang merupakan perkhidmatan perpustakaan berkonsep pinjaman dan pemulangan buku secara dalam talian.

Lapan perpustakaan dipilih sebagai anggota konsortium U-Pustaka iaitu Perpustakaan Negara Malaysia, Perbadanan Perpustakan Awam Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Sarawak, Sabah, Kuala Lumpur dan Intan.

Ahli konsortium boleh membuat pinjaman melalui www.u-library.gov.my/ dan bahan-bahan yang dipinjam boleh dihantar ke rumah melalui kerjasama Pos Malaysa Berhad dengn bayaran berpatutan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan