Kanada Tutup Bahagian Visa, Imigresen Di Malaysia, Perkhidmatan Diurus Pejabat Di Singapura

Diterbitkan: Khamis, 17 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kanada telah menutup Bahagian Imigresen dan Visanya di Malaysia.

Bermula 1 Mei, semua perkhidmatan berkaitan dikendalikan oleh pejabat di Singapura.

Malaysia adalah salah satu daripada enam negara Jerman, Jepun, Iran, Bangladesh dan Serbia yang terlibat dengan operasi memperkemas dan memodenkan imigresen, juga untuk pemotongan kos, kata Setiausaha Kedua di Bahagian Hal Ehwal Politik, Ekonomi dan Perhubungan Awam Suruhanjaya Tinggi Kanada di Malaysia, Stuart Shaw.

"Keputusan untuk menutup pejabat di Kuala Lumpur tidak akan menjarakkan hubungan antara Kanada dan Malaysia, kerana Malaysia akan terus kekal sebagai rakan perdagangan dan rakan kongsi pelaburan yang kukuh."

"Langkah itu juga adalah untuk mengurangkan kos overhed," katanya, sambil menambah bahawa perubahan ini tidak akan menjejaskan bilangan kira-kira 10,000 pelancong Malaysia yang melawat Kanada setiap tahun.

"Tidak akan ada kesukaran dalam perkhidmatan dan proses permohonan visa untuk rakyat Malaysia akan tetap sama, cuma perbezaannya kini mereka perlu menghantar pasport mereka sendiri, melalui pos atau kurier ke Singapura, di mana proses itu lebih cepat dan lebih mudah."

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan