Isteri Dalang Penculikan Nayati Buat Laporan Polis

Diterbitkan: Khamis, 17 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Isteri kepada dalang yang disyaki terlibat dalam penculikan kanak-kanak Belanda berusia 12 tahun, Nayati Shamelin Moodliar telah membuat laporan polis menafikan sebarang pembabitan atau penglibatannya dalam penculikan itu.

Difahamkan wanita ini telah memendekkan percutiannya bersama suaminya di Paris, apabila dia mengetahui bahawa pihak polis sedang mencari suaminya berhubung kes penculikan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asst Comm Datuk Ku Chin Wah berkata isterinya pulang dua hari lalu dan memaklumkan kepada polis bahawa suaminya tidak kembali.

"Kami tidak menangkapnya, tapi menyoalnya. Dia mendakwa dia tidak mengetahui penglibatan suaminya dalam penculikan.

"Tiada wang atau barang berharga diperolehi daripadanya tetapi dia membantu kami dalam penyiasatan," katanya, sambil menambah bahawa Interpol membantu polis di sini untuk mencari suami yang dikatakan bersembunyi di Eropah.

Nayati telah diculik oleh dua lelaki pada 27 April ketika berjalan ke sekolah antarabangsa.

Dia telah dibebaskan enam hari kemudian selepas keluarganya membayar RM300,000 wang tebusan bagi mendapatkan pembebasan.

Dia telah dibebaskan di kawasan R & R Sungai Buloh selepas wang tebusan dibayar.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan