Cetus Pergaduhan : Shah Rukh Khan Berhadapan Siasatan Polis

Diterbitkan: Khamis, 17 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUMBAI: Bintang filem Bollywood, Shah Rukh Khan berhadapan dengan siasatan polis ekoran kekecohan yang berlaku antaranya dengan para pengawal keselamatan di Stadium Kriket, Wankhede Mumbai, Rabu lalu.

Bintang itu juga turut diharamkan daripada menjejakkan kaki ke stadium berkenaan seumur hidup akibat kekecohan tersebut.

Shah Rukh, 46, yang merupakan pemilik bersama pasukan Liga Perdana Kriket India, Kolkata Knight Riders, didapati membawa sekumpulan remaja termasuk anak perempuannya Suhana turun ke padang Stadium berkenaan selepas berlangsungnya satu perlawanan pada malam Rabu.

Pengawal-pengawal keselamatan cuba menghalang mereka daripada memasuki padang berkenaan menyebabkan berlakunya pertengkaran selama 10 hingga 15 minit sebelum beliau meninggalkan stadium berkenaan.

Kejadian itu turut dirakamkan oleh jurugambar agensi berita AFP.

"Pihak keselamatan stadium telah menasihatinya supaya segera meninggalkan padang tetapi Shah Rukh Khan sebaliknya cuba mencetuskan pergaduhan," kata Setiausaha Persatuan Kriket Mumbai (MCA) Nitin Dalal.

Menurut Dalal lagi, Shah Rukh Khan dan kumpulannya telah memasuki padang permainan sejam setengah selepas perlawanan tamat kerana ingin bermain kriket dengan kumpulannya itu.

"Para pegawai memaklumkan kepadanya ini bukanlah masa yang sesuai untuk berbuat demikian tetapi malangnya pelakon itu menunjukkan sikap yang tidak sepatutnya malah menggunakan perkataan yang tidak wajar didengar," katanya.

Sehubungan itu, Dalal mengesahkan bahawa pihak MCA telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan memutuskan untuk mengharamkan Shah Rukh daripada menghadiri sebarang perlawanan kriket di Stadium Wankhede pada masa hadapan.

"Kami telah memutuskan untuk tidak membenarkan dia memasuki stadium ini lagi, untuk apa-apa perlawanan kriket pun," kata Bendahari MCA, Ravi Savant.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan