Anak Kapal Wantas 6 Cerita Pengalaman 'Umpama Mati Hidup Semula'

Diterbitkan: Khamis, 17 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Empat daripada tujuh anak kapal menganggap diri mereka umpama mati hidup semula selepas menempuh detik cemas selama 10 hari apabila kapal mereka yang membawa kontena muatan peralatan penjanaan elektrik milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) dirampas lanun di perairan Laut China Selatan pada 17 April lepas.

Mereka yang ditemui sebaik tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini malam Rabu dari Bandaraya Ho Chi Minh, menyifatkan ia sebagai pengalaman amat mengerikan kerana ditahan lanun yang membawa pelbagai senjata, diacukan parang selain turut mencederakan mereka.

Kelasi kapal Yusseri Yusof, 24, berkata mereka yang berkhidmat dengan Wantas Shipping Sdn Bhd bertolak dari Langkawi pada 12 April lepas, sebelum kapal dirampas lanun pada 17 April.

"Kami kemudiannya dicampakkan ke laut dan hanya diberikan bot kecil. Tidak boleh bayangkan betapa dahsyatnya keadaan itu kerana kami dicampak ke laut yang boleh dianggap sebagai "kubur".

"Selama 10 hari kami di tengah lautan berpanas dan berhujan dengan hanya memakai seluar pendek kerana pakaian lain juga dirampas. Kami cuma ada sedikit makanan dan air untuk meneruskan hidup," katanya yang juga bapa kepada seorang anak.

Yusseri berkata rakannya Md.Elias Uddin yang berasal dari Bangladesh berenang sehingga empat jam dan akhirnya menemui bot nelayan Vietnam yang menyelamatkan mereka pada 30 April lepas.

Pada 4 Mei, mereka selamat tiba di pantai Phu Yen, Vietnam selepas melalui perjalanan selama empat hari, kata Yusseri.

Selain Yusseri, anak kapal lain yang terselamat adalah Lau Kah Chong, 36, serta rakyat Bangladesh M.Khorshed Alam dan Md Elias Uddin.

Manakala tiga lagi anak kapal rakyat Indonesia telah dihantar pulang ke negara mereka pada 12 Mei lepas, yang hanya dikenali sebagai Damri Marawat Napitupulu, Sholehuddin dan Supardi.

Sementara itu, Lau, 36, mengucapkan terima kasih kepada Kelab Putera 1Malaysia kerana membawa mereka pulang ke Malaysia dan bersyukur kerana dapat menemui keluarganya kembali.

Presiden Kelab Putera 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang turut sama dalam rombongan misi menyelamat itu berkata misi kali ini dianggap unik kerana berjaya menyelamatkan mangsa dari tiga negara berbeza.

Katanya meskipun syarikat berkenaan mengalami banyak kerugian akibat rampasan itu, beliau berkata apa yang lebih penting adalah keselamatan pekerja mereka.

Anak kapal tersebut dihanyutkan di dalam sebuah bot 214 batu nautika dari Barat Daya Miri, Sarawak berhampiran sempadan perairan Malaysia-Vietnam.

Kapal milik Wantas berpangkalan di Langkawi dipercayai dirampas lanun ketika belayar dari Teluk Ewa, Langkawi ke Tawau, Sabah.

Pasukan penguatkuasa Maritim Filipina menemui kapal kontena itu di perairan negara itu berhampiran Kepulauan Palawan dengan lapan kontenanya dipecahkan manakala semua anak kapalnya hilang.

Susulan itu, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) menemui kesemua anak kapal itu pada 28 April lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan