Ahmad Maslan Minta "Satu Dua Kerat Melayu" Tinggalkan DAP

Diterbitkan: Khamis, 17 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PONTIAN: Tindakan Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim meninggalkan parti itu membuktikan orang Melayu tidak mempunyai tempat di dalam parti pembangkang terbabit, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar segelintir orang Melayu yang masih menganggotai DAP agar menyusul jejak langkah Tunku Abdul Aziz.

"Saya menyeru orang Melayu yang satu dua kerat masih menjadi anggota DAP supaya keluar daripada parti itu yang jelas merupakan sebuah parti yang tidak menghormati kaum lain," katanya kepada pemberita, di sini, Rabu.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata tindakan Tunku Abdul Aziz itu turut mendedahkan sikap sebenar DAP yang hanya bersandiwara apabila mengambil orang Melayu sebagai anggota dan pemimpin parti, konon terbuka untuk semua kaum.

Beliau diminta mengulas tindakan Tunku Abdul Aziz keluar DAP selepas menerima kecaman daripada pemimpin parti tersebut susulan kenyataannya mengenai perhimpunan yang bertukar ganas di ibu kota pada 28 April lepas.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata DAP yang merupakan akronim kepada "Democratic Action Party" tidak mengamalkan prinsip demokrasi apabila mengecam anggota parti yang mempunyai pandangan berbeza dengan mereka.

Malah katanya, ramai anggota dan penyokong keturunan Cina telah meninggalkan DAP kerana tertarik dengan gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini katanya dibuktikan menerusi kehadiran kira-kira 2,000 masyarakat Cina pada majlis makan malam anjuran Barisan Nasional (BN) di Bakri, Muar semalam.

"Ia suatu yang memeranjatkan bagi saya secara peribadi, di mana kehadiran (orang Cina) yang begitu ramai, itu (Bakri) adalah kubu mereka (DAP)," katanya.

Ahmad yang juga Anggota Parlimen Pontian itu ditemui selepas majlis menyambut keberangkatan Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar ke Kampung Parit Puteri Menangis sempena Kembara Mahkota Johor 2012. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan