Penjawat Awam Tanggung Sendiri Risiko Sertai Perhimpunan Haram - Cuepacs - Berita Semasa | mStar

Penjawat Awam Tanggung Sendiri Risiko Sertai Perhimpunan Haram - Cuepacs

Diterbitkan: Rabu, 16 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tidak akan membela mana-mana penjawat awam yang terlibat dalam sebarang perhimpunan di kawasan yang dilarang kerana ia jelas melanggar Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata kesatuan itu tidak dapat membantu penjawat awam dalam isu membabitkan pelanggaran peraturan, meskipun ia berfungsi sebagai 'payung' yang menjaga kebajikan mereka.

"Sebagai penjawat awam, mereka tidak sepatutnya terlibat dalam mana-mana perhimpunan memandangkan mereka tertakluk di bawah Perintah Am Bab D.

"Sekiranya ini berlaku, mereka boleh diberi surat tunjuk sebab dan jika jawapan yang diberikan tidak jelas, mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib seperti diberi amaran, gantung kerja atau tindakan buang kerja bagi kes yang serius," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Pegawai Awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Ketua Polis Negara 2012 di sini, Rabu.

Omar berkata setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang aduan berhubung pembabitan penjawat awam dalam perhimpunan yang disokong pembangkang dan bertukar ganas di ibu negara, 28 April lepas. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan