LHDNM Terima 2,019,924 Borang BNCP Sehingga Semalam

Diterbitkan: Rabu, 16 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah menerima 2,019,924 Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) sehingga semalam, yang menunjukkan peningkatan 14.67 peratus berbanding 1,761,503 borang tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar berkata peningkatan penerimaan borang melalui e-Filing adalah sangat memberangsangkan.

Tempoh tangguh untuk menghantar Borang BE Tahun Taksiran 2011 melalui e-Filing berakhir, Selasa.

"LHDNM menjangkakan 2.5 juta BNCP diterima melalui kaedah e-Filing akan dapat dicapai menjelang 31 Disember, 2012," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Shukor berkata perkembangan positif itu turut disumbang oleh pengenalan kaedah m-Filing iaitu penghantaran BNCP menggunakan peranti mudah alih dan telefon pintar pada tahun ini.

Katanya, kaedah e-Filing atau m-Filing masih boleh digunakan oleh pembayar cukai yang lewat menghantar borang BE mereka tetapi mereka perlu bersedia menanggung amaun penalti lewat hantar BNCP yang akan dikenakan.

Menurutnya, tindakan pengenaan penalti di bawah subsksyen 112(3) Akta Cukai Pendapatan 1967 ini perlu dilakukan sebagai salah satu kaedah pencegahan dan untuk menggalakkan pematuhan cukai di kalangan pembayar cukai. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan