Henti Ganggu Ambiga - Pak Samad

Diterbitkan: Rabu, 16 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menggesa semua pihak menghentikan ganguan dan ancaman peribadi terhadap Pengerusinya, Datuk S. Ambiga.

Malah Pengerusi Bersama Bersih, Datuk A. Samad Said menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang mencetuskan ganguan ke atas bekas Presiden Majlis Peguam itu.

"Saya mengutuk segala bentuk karenah gangguan dan ancaman terhadap Datuk Ambiga. Saya merasa sedih dan marah apabila melihat karenah gangguan yang sedang dilakukan ke atas beliau yang juga warga Malaysia.

"Pihak yang berwajib seharusnya bersuara mengutuk apa yang sedang dilakukan terhadap seorang pemimpin masyarakat ini," katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di sini, Rabu.

Sasterawan Negara yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Samad itu berkata demikian bagi mengulas mengenai insiden membabitkan sekumpulan ahli Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) berhimpun bagi menyatakan bantahan di hadapan rumah Ambiga di Bukit Damansara di sini.

Bantahan dengan membuka sebuah gerai menjual burger yang bertujuan menuntut ganti rugi daripada penganjur perhimpunan itu dilakukan selama sejam di situ dengan simbolik memasak 200 burger yang turut diberikan kepada Ambiga.

Terbaru sekumpulan 20 ahli Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) yang tidak berpuas hati dengan penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 turut mengadakan senaman 'tonggeng' di hadapan rumah Ambiga.

Senaman selama 20 minit itu yang dipimpin oleh seorang daripada bekas komando Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) juga sebagai simbolik menentang agenda Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT) yang dibawa Ambiga.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan