DAP Tidak Mahu Tunku Abdul Aziz Keluar Parti

Diterbitkan: Rabu, 16 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kepimpinan tertinggi DAP tidak mahu Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim keluar daripada parti itu, sebaliknya ingin beliau terus kekal sebagai Naib Pengerusi DAP.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng akan cuba mengadakan pertemuan dengan Tunku Abdul Aziz bagi membincangkan perkara tersebut.

Malah, Guan Eng berharap agar Tunku Abdul Aziz mengubah keputusannya untuk meninggalkan parti seperti yang diumumkan dalam program wawancara Chat Time terbitan ntv7, malam Isnin.

"Saya berharap agar perkara ini dapat diselesaikan secara dalaman walaupun wujud perbezaan pendapat dengan semangat setiakawan.

"Saya akan menghubungi Tunku untuk berbincang mengenai perkara ini dengan harapan beliau akan mengubah pendiriannya," kata Guan Eng dalam satu kenyataan pada Selasa.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang turut menyatakan rasa sedih di atas pengunduran Tunku Abdul Aziz yang dibuat kerana perbezaan pendapat mengenai perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu.

"Kami tidak menghukum beliau kerana menyuarakan perbezaan pendapat secara terbuka malah tidak sama sekali memintanya meninggalkan parti atau meletak jawatan," katanya.

Jelas beliau, DAP percaya terhadap kebebasan dalam bersuara dan setiap pemimpin dan ahlinya mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat masing-masing.

"Saya tidak bersetuju jika sebarang tindakan disiplin dikenakan terhadap Tunku Abdul Aziz semata-mata kerana beliau berbeza pendapat dengan parti berhubung perhimpunan Bersih di Dataran Merdeka bulan lalu," katanya.

Tunku Abdul Aziz pada malam Isnin mengumumkan keluar daripada parti yang didominasi kaum Cina itu berkuat kuasa serta-merta berikutan tiada sefahaman dengan kepimpinan parti.

Beliau yang menyertai DAP pada 2008 sebelum ini dikecam hebat pembangkang kerana menyuarakan bantahan terbukanya terhadap perhimpunan Bersih.

Tindakan tersebut juga menyebabkan DAP tidak menyambung perkhidmatannya sebagai Senator kerana menganggap kenyataan terbuka itu sebagai memalukan parti.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan