AirAsia X Lancar Penerbangan Terus Ke Beijing Mulai Jun

Diterbitkan: Rabu, 16 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: AirAsia X yang akan melancarkan penerbangan terus ke Beijing Jun ini mahu meluaskan rangkaiannya ke China.

"Tetamu kita dari Beijing sudah bertahun-tahun menunggu dan akhirnya kami dapat memenuhi permintaan besar untuk destinasi yang menarik ini," kata Ketua Komersil Kumpulan AirAsia, Kathleen Tan pada pelancaran rasmi penebangan terus itu di sini.

"Kemasukan ke Beijing merupakan satu lagi kejayaan untuk kami," katanya.

Tan berkata bukan mudah untuk syarikat penerbangan tambang rendah itu melancarkan perkhidmatan ke ibu negara China, dan kejayaan itu adalah susulan usaha Kerajaan Malaysia dan China untuk meningkatkan hubungan antara kedua-dua ibu negara berkenaan.

Menerusi penerbangan terus ke Beijing, syarikat penerbangan itu juga akan mengantung laluan Tianjin pada lewat Jun.

Mengenai keputusan mengubah laluan dari Lapangan Terbang Tianjin ke Lapangan Terbang Beijing 100 kilometer jaraknya beliau berkata syarikat penerbangan itu mendapati 70 peratus daripada penumpang di laluan Tianjin datang dari Beijing dan permintaan yang tinggi dari Beijing dapat memaksimumkan peluang-peluang komersil.

AirAsia X akan terbang empat kali seminggu dari habnya di Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing mulai 22 Jun.

Ia juga mula menawarkan penerbangan terus harian ke Beijing mulai 6 Ogos.

Bagi meraikan pelancaran laluan baharu itu, AirAsiaX menawarkan tambang istimewa pelancaran bagi laluan Kuala Lumpur-Beijing mulai RM249 sehala bagi kelas ekonomi, dan minimum RM1129 sehala bagi premium flatbeds.

Tambang itu termasuk surcaj bahan api dan cukai.

Tawaran pelancaran itu disediakan menerusi tempahan secara dalam talian mulai 17 hingga 20 Mei, bagi tempoh perjalanan antara 6 Jun, 2012 dan 22 Mei, 2013. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan