Tunku Aziz Berpegang Kepada Prinsip - Hishammuddin - Berita Semasa | mStar

Tunku Aziz Berpegang Kepada Prinsip - Hishammuddin

Diterbitkan: Selasa, 15 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang keluar parti dan melepaskan jawatannya dalam DAP sebagai insan yang berpegang kepada prinsip serta bersikap jujur dan ikhlas.

"Saya tidak akan terkejut sekiranya selepas ini DAP dan pihak pembangkang akan terus menerus menyalahkan Umno dalam hal ini kerana itulah skrip pembangkang yang tidak henti-henti mahu memburuk-burukkan kerajaan serta parti kita.

"Apapun saya yakin rakyat kita lebih matang dan dapat menilai sendiri sikap DAP selama ini," kata Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Semalam, pemimpin Melayu DAP itu yang dikecam hebat pembangkang kerana mengkritik perhimpunan pada 28 April lepas, mengumumkan keluar dari parti dan meletak jawatan dalam parti itu. Tunku Abdul Aziz dilantik sebagai Naib Pengerusi DAP apabila menyertai DAP pada 2008. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan