Sultan Selangor Kembalikan Gelaran Datuk Kepada Bekas Exco Saidin

Diterbitkan: Selasa, 15 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah mengembalikan gelaran Datuk kepada bekas Exco Kerajaan Negeri Datuk Saidin Thamby selepas beliau dibebaskan daripada tuduhan rasuah bulan lepas, kata Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi pada Selasa.

Sultan Selangor telah menggantung gelaran 'Datuk Paduka Mahkota Selangor' (DPMS) yang dianugerahkan kepada Saidin pada 30 Oktober 2004 selepas Saidin didakwa menerima cek bernilai RM1 juta sebagai dorongan untuk meluluskan projek.

Kenyataan yang memaklumkan mengenai penarikan semula penggantungan gelaran tersebut diumumkan selepas Mahkamah Rayuan membebaskan wakil rakyat Paya Jaras itu daripada tuduhan rasuah pada 6 April lalu.

Dalam kenyataan itu turut memaklumkan mengenai pengembalian anugerah 'Dato Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah' (DSSA) kepada bekas Pengurus Kanan Lembaga Tabung Haji, Datuk Mohamed Shafie.

Gelaran 'Datuk' kepada Mohamed digantung pada 30 Oktober 2004, selepas beliau didakwa atas kesalahan pecah amanah.

Bagaimanapun Mahkamah Rayuan membebaskan beliau pada 16 Februari.

Bukan itu sahaja, baginda turut memaklumkan mengenai penarikan balik anugerah DSSA yang dikurniakan kepada Dekan Fakulti Sains Sukan & Rekresi UiTM, Md Saberi Md Salleh selepas Mahkamah Rayuan pada 30 Janurari lalu menolak rayuannya atas kesalan memalsukan dokumen.

Md Saberi dijatuhkan hukuma penjara selama setahun oleh panel tiga hakim atas kesalahan memalsukan invois unit sukan bertarikh 4 Mac 1999 bernilai RM138,000, walaupun dia tahu fakulti berkenaan tidak pernah menerima barangan tersebut.

Penarikan semula anugerah tersebut berkuat kuasa pada 24 April lalu.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan