Ramai Warga Muda Kuala Lumpur Serta JPAM

Diterbitkan: Selasa, 15 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hampir 90 peratus daripada 28,204 anggota pasukan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah anak muda yang berusia antara 18 dan 30 tahun.

Pengarahnya, Zainal Yusoff, berkata golongan itu juga aktif dan amat pantas bertindak terhadap sebarang laporan kecemasan yang diterima JPAM Kuala Lumpur. "Kami tidak menyangka golongan muda begitu berminat dalam misi menyelamat dan operasi kawalan keselamatan serta pertolongan cemas ini. Malah kami turut menerima permohonan daripada golongan remaja seawal usia 15 tahun," katanya.

Bagaimanapun, katanya, permohonan remaja itu terpaksa ditolak kerana terlalu muda, dan berdasarkan sambutan memberangsangkan setakat ini, JPAM Kuala Lumpur yakin lebih ramai anak muda akan menyertai pasukan tersebut dalam masa terdekat.

Pada masa yang sama, Zainal berkata pasukan itu akan mempertingkatkan usaha menarik lebih banyak penyertaan bukan Melayu bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat yang berbilang bangsa.

"Kami mensasarkan lebih ramai golongan bukan Melayu menyertai pertahanan awam menerusi pelbagai program seperti ceramah pertolongan cemas, pendedahan mengenai pertahanan awam dan sebagainya yang telah dan akan dibuat di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk bukan Melayu.

"Pendedahan turut dibuat kepada murid-murid dan pelajar sekolah bagi mendidik mereka memahami konsep pertahanan awam agar dapat mencetus minat untuk mendalami ilmu menyelamat sama ada untuk diri sendiri, keluarga dan seterusnya masyarakat," katanya.

Zainal berkata, antara program yang menunjukkan kesan positif ialah Kadet Sekolah Pertahanan Awam (KAPA) bagi pelajar sekolah menengah dan PROKSPA iaitu program pendidikan kesedaran keselamatan bagi murid sekolah rendah. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan