PRU13: BN Melaka Senarai 30 Peratus Muka Baru

Diterbitkan: Selasa, 15 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Barisan Nasional (BN) Melaka menyenaraikan 30 peratus muka baru untuk bertanding di negeri itu pada pilihan raya umum ke-13.

Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN negeri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata perkara itu adalah amalan lazim BN Melaka pada pilihan raya umum.

Senarai nama calon terbabit telah diserahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk diperhalusi, katanya kepada pemberita selepas melawat kilang Panasonic Industrial Devices Semiconductor (M) Sdn BHd, di Batu Berendam, di sini, Selasa.

Mengulas mengenai tindakan Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim meninggalkan parti terbabit selepas dikecam pemimpin DAP susulan kenyataannya berhubung perhimpunan pada 28 April lepas, beliau berkata itu adalah tindakan wajar.

Mohd Ali yang juga Naib Presiden Umno, berkata tindakan Abdul Aziz membuktikan DAP parti kuku besi yang tidak membenarkan anggotanya mempunyai pandangan sendiri. Dalam perkembangan lain, Mohd Ali berkata kerajaan Melaka akan menggunakan teknologi solar bagi menjana elektrik di beberapa bangunan kerajaan seperti yang dilakukan pihak Panasonic.

Beliau berkata sebagai permulaan, pihaknya akan mengaplikasi teknologi itu di bangunan Seri Negeri di sini.

Kilang Panasonic yang mula beroperasi pada 1990 dengan 900 pekerja itu merupakan kilang pertama di negeri ini yang memperolehi sijil Indeks Bangunan Hijau Malaysia. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan