Pilihan Rakyat Yang Penting - PM

Diterbitkan: Selasa, 15 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Warga Malaysia yang tinggal di bandar raya ini berkesempatan bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin petang, dan ramai daripada mereka berebut-rebut menyapa dan bersalaman dengan beliau selepas perdana menteri berucap, sebahagian besarnya mengenai hak dan tanggungjawab mereka dalam sebuah negara demokrasi dan pilihan rakyat melalui pilihan raya.

Najib berkata dalam mana-mana demokrasi akan ada mereka yang mengundi menyokong dan menentang, tetapi akhirnya, apa yang paling utama ialah pilihan rakyat.

"Rakyat Malaysia akan mempunyai pilihan itu. Kita telah membuktikannya. Anda tidak perlu mengadakan demonstrasi jalanan di Malaysia kerana jika diadakan juga, tidak dapat tidak akan timbul masalah, akan berlaku pertelagahan," katanya jelas merujuk kepada demonstrasi Bersih 3.0 di Kuala Lumpur bulan lepas.

Perdana Menteri berucap kepada kira-kira 1,500 warga Malaysia di sini yang sanggup melalui kesesakan lalu lintas di London untuk hadir pada majlis "Sepetang Bersama Perdana Menteri" yang diadakan di dewan konsert 02 Arena di Greenwich, timur London.

Najib berkata seseorang itu mempunyai hak untuk menyokong kerajaan atau pembangkang tetapi 'anda harus melakukannya mengikut lunas undang-undang yang ada'.

"Jika anda tidak hiraukan peraturan undang-undang, akan berlaku anarki dalam negara. Tidak harus berlaku anarki di negara kita. Kita boleh terima pertentangan pendapat dan pandangan tapi saya tidak akan hormati jika anda melanggar undang-undang negara. Itulah satu-satunya perlindungan yang kita ada untuk masa depan rakyat Malaysia," katanya.

Perdana menteri menarik perhatian bahawa telah terbukti sejumlah 100,000 orang boleh berkumpul di sebuah stadium, dan melakukannya dengan begitu aman sekali, merujuk jelas kepada perhimpunan besar-besaran yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena sambutan ulang tahun ke-66 Umno pada 11 Mei.

"Itulah caranya yang betul. Jika Bersih mahu mengadakan perjumpaan, kita boleh berikan mereka stadium yang sama, dan kita akan pastikan keamanan dan keselamatannya. Tiada siapa yang akan dicederakan dan itulah cara yang sebenarnya bagi kita sebagai sebuah negara yang matang. Kita percayakan demokrasi, tetapi demokrasi dengan tangungjawab."

Ucapan Najib, yang disampaikan dalam suasana yang santai, diterima dengan penuh bersemangat oleh warga Malaysia di sini yang berkumpul di dewan konsert itu, dengan sesetengahnya membawa bersama anak-anak mereka.

Ada dua tiga orang yang berbuat bising dalam kalangan audien itu, membuatkan perdana menteri berkata "ini bukan adab orang Malaysia dan tidak sopan untuk mengganggu", bagaimanapun hadirin yang lain amat tekun mendengar ucapan beliau.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan