Pejabat JPJ Diserbu Untuk Bidaan Saat Akhir Plat 'WWW'

Diterbitkan: Selasa, 15 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Ribuan borang bidaan bagi nombor pendaftaran 'WWW' diterima oleh Jabatan Pengangkutan Jalan pada Isnin.
Ribuan borang bidaan bagi nombor pendaftaran 'WWW' diterima oleh Jabatan Pengangkutan Jalan pada Isnin.

KUALA LUMPUR: Ada yang sanggup merayu dan memujuk pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam usaha terakhir supaya bidaan nombor plat pendaftaran ‘WWW’ mereka diterima.

Walaupun tempoh dua minggu diberikan untuk menghantar bidaan pendaftaran tersebut, masih ramai yang suka menunggu hingga saat-sat akhir dan mereka menyerbu cawangan JPJ yang berhampiran untuk menghantar borang masing-masing.

Ada juga yang dilihat sanggup merayu kepada pegawai JPJ supaya menerima borang permohonan mereka selepas tempoh bidaan ditutup pada tengah hari Isnin.

Di cawangan Wangsa Maju, orang ramai mula beratur panjang di pintu masuk seawal pukul 7.45 pagi.

"Saya sanggup ambil cuti untuk datang ke sini,” kata Eksekutif Pemasaran, Tan Sie Yie, 40, yang menghantar permohonan untuk bidaan tiga nombor pendaftaran.

Tan berkata dia membida nombor pendaftaran 'WWW' kerana percaya ia dapat membawa tuah dan memberikan kegembiraan. Dia berkata salah satu daripada nilai bidaannya bernilai RM3,000 namun dia enggan mendedahkan nilai bidaan dua nombor pendaftarannya yang lain.

Sementara itu, Pengarah JPJ Kuala Lumpuur, Mohd Nadzri Osman berkata pihaknya telah bersedia bagi membolehkan orang ramai yang membida nombor pendaftaran ‘WWW’ terus pergi ke tiga kaunter yang disediakan untuk mendapatkan nombor masing-masing.

Sehingga pukul 10 pagi, tiga kaunter yang dibuka ditambah kepada lima.

Seorang ahli perniagaan, Khairul Azuad, 34, berkata dia membuat keputusan untuk membida kerana ia merupakan peluang yang diperolehi sekali dalam seumur hidup.

"Nombornya sangat menarik jadi saya hanya teringin mencuba nasib," katanya sambil menambah dia sanggup menunggu seawal pukul 8 pagi kerana sudah dapat mengagak pasti ramai yang akan datang pada hari ini.

Ketika ditanya mengapa dia menunggu hingga saat-ssat akhir, Khairul berkata: “Saya rasa saya mempunyai mentaliti rakyat Malaysia yang tipikal.”

Kira-kira dua minit sebelum tempoh akhir, seorang lelaki menyerbu kaunter JPJ dengan 10 sampul surat.

Pegawai JPJ tidak dapat menyiapkan pendaftaran kesemua permohonan tersebut, dia hanya sempat memproses empat daripada 10 bidaan tersebut sebelum tengah hari.

Mohd Nadzri telah menjangkakan bidaan bagi nombor pendaftaraan 'WWW' pasti menarik minat pelbagai pihak dengan bidaan tertinggi yang diterima adalah RM50,000.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata nombor pendaftaraan ‘WWW’ telh menerima bidaan paling tinggi yang pernah direkodkan oleh JPJ mengatasi rekod terdahulu bagi nombor pendaftaran ‘WVW’ dengan 4,750 permohonan.

"'WWW' nombor siri yang sangat popular kerana nama keluarga seperti Wong atau Wang dilihat mampu membawa kebahagian dan simbol maharaja di China," katanya.

Keputusan mengenainya akan diumumkan pada 24 Mei.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan