MB Nafi PKNS Taja Belanja Kempen Pilihan Raya Selangor

Diterbitkan: Selasa, 15 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Selasa menafikan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menaja kempen pakatan pembangkang di Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

Menyifatkan perkara itu sebagai fitnah, Abdul Khalid yang juga Pengerusi PKNS mencabar mereka yang membuat dakwaan agar tampil dan membuat laporan.

"...sekiranya benar dan ada bukti, sila tampil dan buat laporan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muzakarah Penolong Pendaftar Nikah Negeri Selangor 2012, di sini.

Beliau diminta mengulas dakwaan sebuah blog yang antara lain turut menyatakan maklumat itu diperolehi menerusi "orang dalam" PKNS.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata jika benar perkara itu berlaku, beliau selaku Pengerusi PKNS akan memastikan perbuatan tersebut dihentikan. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan