Kerajaan Sedia Dengar, Penuhi Aspirasi Belia - Muhyiddin

Diterbitkan: Selasa, 15 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelbagai platform dan perancangan yang disediakan dalam membangunkan generasi belia membuktikan kerajaan sedar kepentingan untuk berhubung dan mendengar aspirasi golongan pewaris kepimpinan negara itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mengakui belia hari ini lebih bijak dan tahu apa yang dikehendaki, Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah bekerja keras merangka pelbagai program bagi memajukan golongan itu.

Beliau berkata kerja keras Perdana Menteri turun menemui setiap kumpulan masyarakat termasuk golongan belia membawa mesej bahawa apa yang dilakukan hari ini membawa petunjuk kepada apa yang akan dinikmati di masa depan.

"Remaja hari ini lebih bijak dan tahu apa yang dikehendaki dan mereka boleh menuntutnya melalui pelbagai platform yang disediakan bagi mengemukakan apa yang dikehendaki.

"Kami mahu berhubung, sebab itu Perdana Menteri mahu kita (anggota kerajaan) sentiasa berhubung (dengan golongan belia), bukti bahawa zaman kerajaan dan belia duduk berjauhan sudah berlalu," katanya ketika berucap melancarkan Hari Belia Negara peringkat kebangsaan di sini, Selasa.

Hadir pada majlis itu Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Muhyiddin berkata kerajaan sentiasa terbuka untuk berbincang dan berbicara dengan golongan belia yang mewakili sepertiga penduduk negara dalam memenuhi aspirasi mereka tanpa perlu membuang masa berdemonstrasi seperti sesetengah pihak sedangkan ia tetap tidak menyelesaikan masalah.

"PM dah kata untuk jadi negara maju kita kena buat anjakan berganda kerana matlamat itu bergantung kepada keupayaan negara menjana potensi baru, terutama daripada golongan belia," katanya.

Sehubungan itu beliau meminta para belia meningkatkan kebolehan dan potensi diri dengan menyerlahkan keupayaan sebenar seiring hasrat kerajaan dalam menyahut tuntutan masa depan negara yang lebih terjamin.

Pelancaran Hari Belia Negara bertemakan "Jadikan Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini" yang diadakan di kawasan terbuka pusat beli-belah Sunway Piramid itu dihadiri oleh kira-kira 1,000 belia.

Sambutan Hari Belia Negara merupakan lambang pengiktirafan kerajaan kepada peranan generasi muda sebagai rakan kongsi pembangunan negara.

Pada majlis itu, Muhyiddin diberikan kejutan apabila dijemput ke atas pentas untuk memotong kek sempena hari jadinya yang ke-65 hari ini.

Apabila ditanya oleh pengacara majlis apakah hasrat hari jadi beliau, Timbalan Perdana Menteri berkata: "Semoga negara kekal aman, makmur dan sejahtera", diiringi dengan nyanyian Selamat Hari Jadi oleh semua hadirin.

Terdahulu, perutusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Hari Belia turut dipaparkan di skrin besar di pentas. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan