Garis Panduan Tertentu Dalam Sektor Minyak & Gas Akan Ditingkatkan - Subramaniam

Diterbitkan: Selasa, 15 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kementerian Sumber Manusia akan meningkatkan garis panduan tertentu dalam sektor minyak dan gas di negara ini memandangkan sektor itu memerlukan tahap keselamatan dan spesifikasi risiko yang tinggi dalam pengendaliannya.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata kementerian memandang serius tahap keselamatan pekerja semasa bertugas dalam sektor ini kerana sudah dua kes berlaku melibatkan industri berkenaan dalam tempoh dua bulan.

Katanya kerajaan dan kementerian melalui Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan sememangnya memberi tumpuan yang tinggi kepada tahap keselamatan dalam semua industri, khasnya sektor minyak dan gas.

"Walaupun kita sudah sediakan garis panduan tertentu yang sepatutnya dipatuhi, akan tetapi sekiranya ada keperluan memperbaiki untuk elakkan insiden sedemikian berlaku, kita akan buat demikian," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat dan menghulurkan bantuan kepada Mohd Zamri Fithri Mat Noor, 25, yang masih koma akibat letupan loji gas di wad kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, Selasa.

Dalam kejadian 10 Mei, sebuah pusat pemprosesan gas di Loji Pemprosesan Gas (GPP) dalam kawasan Kompleks A milik Petronas di Kerteh, Kemaman meletup menyebabkan Mohd Zamri, berasal dari Padang Pulut, Dungun, cedera parah dengan 90 peratus bahagian muka, tangan dan badannya melecur.

Kejadian kira-kira 3 petang itu turut mengorbankan seorang pekerja kontrak, Rosli Mansor, 31, yang maut di tempat kejadian.

Lapan lagi pekerja yang kesemuanya merupakan petugas kontraktor, Hyundai PFCE, yang ketika itu sedang menjalankan kerja menyenggara di loji berkenaan, dirawat di Hospital Kemaman dan Hospital Dungun.

Subramanian berkata kes ini masih dalam siasatan awal dan kementerian sedang menunggu laporan penuh forensik.

Pada 5 April lepas, seramai 23 pekerja terhidu gas amonia di kawasan sama dan pelepasan gas itu dipercayai berlaku di sebuah loji lain yang tiada kaitan dengan syarikat petroleum negara. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan