Dakwaan Masuk Umno Semula, Hanyalah Rekaan - Anwar

Diterbitkan: Selasa, 15 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dakwaan beliau ingin menyertai semula Umno hanyalah satu rekaan dan isu yang tidak relevan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Senator Ezam Mohd Noor dalam satu ceramahnya pada Ahad yang mendakwa Anwar pernah berjumpa dengan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk menyertai semula Umno ketika era pemerintahannya.

"Kalau nak suruh layan dia( Ezam) mahal pulak harga dia…Jadi saya tidak mahu meningkatkan harga dia dalam Umno. Jadi nanti dia dapat kutipan yang lebih kalau saya respon," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat pada, Isnin.

Bukan itu sahaja, apabila diminta mengulas lanjut mengenai dakwaan yang dibangkitkan itu, Anwar secara sinis telah menyindir seorang wartawan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang bertanyakan soalan tersebut.

"Anda daripada mana, RTM…..Ok….Terima Kasih la….Kalau RTM boleh bagi saya 5 minit untuk bercakap saya akan jawab. Tanya Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim boleh tak bagi Anwar lima minit atau tiga minit jelaskan secara langsung..boleh…?.

"Isu ini tidak relevan pun dan tak berbangkit..yang ketagih nak masuk Umno itu dia (Ezam),” katanya.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan