ATM & PDRM Pertingkat Kawalan Di Sempadan Negara

Diterbitkan: Selasa, 15 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT KAYU HITAM: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mempertingkatkan kawalan di kawasan sempadan negara dalam usaha menurunkan indeks jenayah di kawasan berkenaan.

Panglima 2 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Azizan Md Delin berkata kerjasama antara ATM dan PDRM akan terus diperkukuhkan walaupun pentadbiran pos-pos kawalan dalam kawasan Operasi Wawasan di sempadan dikembalikan semula kepada Pasukan Gerakan Am (PGA).

"ATM telah mengambil alih pos-pos kawalan ini pada November 2010 kerana pada ketika itu PDRM mengalami kekangan tugas dan keperluan anggota bagi menurunkan indeks jenayah.

"Penyerahan ini tidak bermakna habis di sini, ATM dan polis dalam bab keselamatan tidak dapat dipisahkan. Cabaran tidak pernah selesai dan di kawasan sempadan ini kita sering mengadakan rondaan bersama," katanya kepada pemberita selepas majlis Serah Menyerah Operasi Wawasan di antara ATM dan PDRM di Batalion Ke-5 Rejimen Sempadan, di sini, Selasa.

Beliau berkata pihaknya akan terus mengatur strategi dan memperhebatkan kawalan di sempadan negara walaupun indeks jenayah kini telah menurun bagi memastikan aktiviti seperti penyeludupan manusia, barangan serta haiwan dapat dikawal.

Pada November 2010, kesemua 89 pos kawalan sempadan termasuk perairan negara di seluruh Semenanjung Malaysia yang sebelum ini dikawal oleh PGA diserahkan kepada ATM.

Keputusan itu dicapai pada mesyuarat National Strategy Execution Summit (NSES)-National Blue Ocean Strategy 1 pada awal tahun 2010.

PDRM pada ketika itu memerlukan tambahan 10,000 anggota untuk bertugas bagi menurunkan indeks jenayah di empat negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor Baharu.

Sementara itu, Timbalan Pengarah PGA/Pengurusan Sempadan, DCP Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim berkata selepas ini pihaknya akan meneruskan apa yang telah dilakukan ATM sebelum ini dalam usaha membanteras penyeludupan.

"Kabinet telah menegaskan bahawa kawalan di pintu-pintu sempadan perlu diperketatkan kerana banyak barangan kawalan diseludup ke negara jiran dan ini menyebabkan negara mengalami kerugian kerana barang-barang itu adalah untuk rakyat.

"Kita akan bekerjasama bukan sahaja dengan ATM malah agensi-agensi penguatkuasaan yang lain supaya sempadan negara kita selamat," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan