Program Transformasi Bawa Impak Kepada Kehidupan Rakyat - Sultan Pahang

Diterbitkan: Isnin, 14 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah bertitah program transformasi yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berlandaskan konsep 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, membawa impak kepada kehidupan seluruh rakyat di negara ini.

Titah baginda program berkenaan yang disokong dengan program transformasi kerajaan, ekonomi, politik dan luar bandar serta pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Kesebelas ternyata memberi manfaat kepada semua pihak.

"Pengisian program seperti Perumahan Rakyat 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia dan program bantuan persekolahan telah membawa impak kepada kehidupan rakyat tanpa mengira kaum, kedudukan dan fahaman politik.

"Sehubungan itu, beta mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri kerana telah membangunkan kerangka program transformasi ini," titah baginda pada istiadat pembukaan persidangan pertama penggal kelima Dewan Undangan Negeri Pahang yang ke-12 di wisma Sri Pahang di sini, Isnin.

Turut berangkat Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar, Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah serta Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Sultan Ahmad Shah bertitah, selain itu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings di Bursa Malaysia sekaligus memberi durian runtuh kepada lebih 112,000 peneroka di seluruh negara melambangkan kecekapan kerajaan pimpinan Najib menjadikan Felda sebagai konglomerat komoditi di peringkat global.

Titah baginda, durian runtuh sebanyak RM15,000 setiap keluarga itu juga sebagai menghargai kesungguhan dan pengorbanan yang dilakukan peneroka Felda selama ini sejak Rancangan Felda pertama di Lurah Bilut dibuka pada tahun 1956.

Baginda bagaimanapun percaya pada masa yang sama kerajaan tidak akan melupakan penduduk yang bukan di kalangan warga peneroka dan tidak menetap di tanah rancangan Felda.

Sementara itu, baginda bertitah, sejak 20 tahun lepas, Pahang telah menerima aliran masuk pelaburan domestik dan luar negeri sebanyak RM30.27 bilion dan pada tahun lepas Pahang menerima kelulusan pelaburan tertinggi bernilai RM6.3 bilion.

Sultan Pahang turut mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang di atas penganjuran Konvensyen Ekonomi Negeri Pahang 2012 baru-baru ini di mana hasil daripada konvensyen itu, beberapa projek mesra rakyat akan dilaksanakan seperti pembinaan perumahan rakyat, terminal pengangkutan bersepadu, pusat perniagaan industri kecil dan sederhana dan galeri seni kreatif di daerah-daerah.

"Beta yakin Kerajaan Negeri Pahang akan terus melaksanakan program untuk faedah rakyat pada masa depan yang meliputi rancangan pembangunan dalam bidang agama Islam, pendidikan, pertaniah, kesihatan, keusahawanan dan sebagainya," titah baginda. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan