PM Tiba Di London Untuk Lawatan Kerja Dua Hari

Diterbitkan: Isnin, 14 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini, Isnin pagi untuk lawatan kerja dua hari ke United Kingdom.

Najib, yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, disambut oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Datuk Seri Zakaria Sulong dan isteri Datin Hazizah Ahmad, semasa tiba di lapangan terbang Farnborough, kira-kira sejam perjalanan dari sini.

Satu daripada kemuncak lawatan beliau ialah majlis resepsi yang diadakan Putera Wales, Duli Yang Maha Mulia Putera Charles, sempena penganugerahan Charter Diraja kepada Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS).

Najib dijemput oleh Putera Charles untuk menghadiri majlis resepsi itu yang akan diadakan di St James Palace pada Selasa malam.

Penganugerahan Charter Diraja itu kepada OCIS adalah signifikan kerana menandakan kali pertama sebuah institusi Islam di UK dianugerahkan dengan status berprestij itu sejak Charter sedemikian dikurniakan oleh Raja-Raja dari 1231.

Semasa lawatan itu, perdana menteri akan turut melancarkan Rakan Barisan Nasional UK pada Isnin petang yang bakal diadakan di Dewan Negara.

Kemudian beliau akan menyaksikan majlis menandatangani memorandum antara Felda Global Ventures dan dua rakan kongsi strategik.

Pada malamnya, Najib akan bertemu dan beramah mesra dengan komuniti Malaysia di United Kingdom pada majlis Bersama Perdana Menteri di dewan konsert The 02 arena, Greenwich, Timur London yang boleh memuatkan kira-kira 2,000 orang.

Menurut Zakaria, majlis itu akan membolehkan rakyat Malaysia di sini berinteraksi dalam suasana santai dengan perdana menteri. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan