Penubuhan Badan Alternatif Ganti Majlis Peguam Sia-Sia Jika Tidak Ikut Garis Panduan

Diterbitkan: Isnin, 14 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penubuhan Akademi Undang-Undang atau badan alternatif lain bagi menggantikan Majlis Peguam sedia ada adalah wajar tetapi perlu mengikut spesifikasi undang-undang dan menepati objektif.

Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof. Madya Dr Shamrahayu berkata jika penubuhan organisasi lain dibuat tanpa mengikut garis panduan dan peruntukan Akta ia adalah satu tindakan sia-sia.

"Dari segi idea keseluruhan atau apa juga (penubuhan) organisasi, harus berbalik kepada tujuan asal, melihat tujuan penjelmaannya menerusi undang-undang.

"Berapa banyak pun badan yang ditubuhkan...10 atau 15, persoalannya adakah ia memenuhi kriteria dalam Akta berkaitan," katanya ketika dihubungi mStar Online, Isnin.

Menurut Dr Shamrahayu, penubuhan organisasi alternatif bagaimanapun akan memberi kebaikan kepada ahli yang tidak berpuas hati dengan Majlis Peguam sedia ada.

Katanya, ini berikutan wujudnya ahli yang 'tidak gembira' dengan tindakan dan resolusi yang disuarakan oleh Majlis Peguam terutamanya yang melibatkan agama dan seksualiti yang dikaitkan dengan hak asasi manusia.

"Yang penting setiap badan atau oraganisasi itu memenuhi garis panduan dan tujuan.

"Terpulang kepada mereka mahu masuk yang mana. Jika peguam atau ahli tak puas hati dengan Majlis Peguam, mereka boleh masuk badan lain, manfaatkan keahlian, hadir mesyuarat dan pemilihan...jangan cakap di luar saja yang tak boleh ubah apa-apa," katanya.

Dr Shamrahayu berkata, penubuhan Majlis Peguam terdapat dalam Akta Profesion Undang-Undang di bawah Seksyen 41 dan Seksyen 42 yang memperuntukkan tujuan dan kuasa Majlis Peguam.

Katanya, mengikut Akta, Majlis Peguam bertanggungjawab mempertahankan keadilan tanpa mengira kepentingan sendiri atau kepentingan ahlinya, tidak terpengaruh oleh perasaan takut atau kasihan, selain menjaga kebajikan ahlinya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan sesetengah ahli dan pihak yang mendakwa Majlis Peguam gagal menjaga kebajikan ahli dan memartabatkan profesion undang-undang di negara ini selain menjadi perkakas politik parti pembangkang.

"Manusia secara lahiriah mempunyai sentimen politiknya sendiri tetapi profesion guaman harus memberi manfaat kepada semua pihak.

"Peguam harus profesional, kembali kepada tujuan asal dengan membantu mahkamah dan kerajaan membuat keputusan adil serta mengikut undang-undang," katanya.

Dalam pada itu, beliau tidak menolak tanggapan isu ini timbul berikutan resolusi Majlis Peguam terhadap himpunan Bersih 3.0 yang dibuat secara terburu-buru.

Tambah beliau, Majlis Peguam juga dilihat mempunyai kecenderungan dan begitu prihatin memberi sumbangan dalam sesetengah perkara sehingga mengundang persepsi negatif rakyat.

"Ini adalah persepsi rakyat, Majlis Peguam tak boleh marah.

"Mereka harus diberikan hujah dan rujukan tentang tugas dan tanggungjawab yang mereka jalankan," katanya.

Majlis Peguam, Jumaat lepas meluluskan resolusi mengutuk kekerasan pihak polis yang didakwa melampaui batas pada Perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu.

Seramai 939 orang yang menyokong sementara 16 lagi menentang resolusi tersebut pada satu mesyuarat agung luar biasa yang dihadiri 1,270 ahlinya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mendakwa Majlis Peguam hilang integriti selepas mengeluarkan resolusi yang disifatkan tergesa-gesa dan meminta agar pihak polis meminta maaf daripada rakyat.

Kerajaan kemudiannya bersetuju dengan tuntutan golongan peguam yang mahu membentuk satu organisasi baru bagi mewakili mereka sebagai mempertahankan profesion, kebajikan dan kepentingan guaman.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan