Pengerang Jadi Hab Minyak dan Gas Utama Di Asia Pasifik

Diterbitkan: Isnin, 14 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menanti pelepasan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pada majlis Pelancaran Kembara Mahkota Johor 2012 di TJ Mart Saleng, Kulaijaya, Ahad.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menanti pelepasan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pada majlis Pelancaran Kembara Mahkota Johor 2012 di TJ Mart Saleng, Kulaijaya, Ahad.

PENGGERANG: Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di sini dijangka menarik pelaburan berjumlah RM120 bilion dalam tempoh enam tahun akan datang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, selain pelaburan dari Petronas, sebuah syarikat minyak dan gas Taiwan turut melabur di kawasan bersebelahan dengan kompleks Petronas.

"Ini bermaksud, kedua-dua kompleks akan berupaya memproses 450,000 tong minyak setiap hari," katanya pada majlis pelancaran projek tersebut oleh Sultan Johor, Ahad.

Najib berkata, projek tersebut akan menjadikan kawasan itu hab minyak dan gas utama di Asia Pasifik.

Menurut beliau, projek RAPID merupakan yang terbesar berbanding projek gabungan Petronas di Kertih, Gebeng dan Melaka.

Najib berkata, fasa pertama projek Petronas akan meliputi 2,428ha dan memerlukan kira-kira 40,000 pekerja kontrak.

"Sebaik saja beroperasi, Petronas dan syarikat Taiwan itu akan memerlukan kira-kira 5,000 pekerja berkemahiran tinggi," katanya.

Petronas telah melabur kira-kira RM60 bilion dalam projek tersebut.

Sementara itu, Najib turut memberi jaminan bahawa penduduk tempatan tidak perlu bimbang tentang mata pencarian kerana pampasan akan dibayar kepada mereka.

Najib turut menyampaikan bantuan sebanyak RM1.24 juta untuk memperbaiki rumah nelayan di kawasan terbabit.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan