Nik Aziz Bidas Mufti Perak, Gesa Jangan Masuk Campur Hal Politik - Berita Semasa | mStar

Nik Aziz Bidas Mufti Perak, Gesa Jangan Masuk Campur Hal Politik

Diterbitkan: Isnin, 14 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria agar tidak mencampuri urusan politik terutama jika mempunyai persepsi negatif terhadap parti itu.

Sambil menempelak dan menyifatkan Harussani sebagai seorang yang memiliki pandangan lapuk, Nik Abdul Aziz menasihatkan agar mufti berkenaan berfikiran rasional berlandaskan kebenaran.

"Saya nak beritahu, mufti sebaiknya tak payah masuk campur soal parti politik kalau (berpandangan) begitu serong terhadap PAS.

"Bila nak nilai dasar dan perjuangan parti Islam seperti PAS, kena baca sejarahnya.

"Ini kerana asal tertubuhnya PAS adalah terlibat sama 'orang Umno' yang melihat Umno tak mampu berjuang (untuk) Islam. Nampak sangat mufti itu tak baca sejarah," katanya yang dipetik menerusi akaun facebook pada Isnin.

Beliau mengulas mengenai laporan muka depan akhbar Berita Harian berhubung kenyataan Harussani yang mendakwa perjuangan PAS kini sudah menyeleweng daripada matlamat asal serta menyalahgunakan agama Islam demi kuasa dan kerusi politik.

Berikutan itu beliau bersedia mencadangkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan supaya mempertimbangkan saranan diadakan muzakarah bagi membincangkan kewajaran parti itu menggunakan perkataan Islam dalam nama parti.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan